Mahkamah beri bekas polis ganti rugi RM50,000 untuk penahanan salah

Mahkamah beri bekas polis ganti rugi RM50,000 untuk penahanan salah

Mahkamah Tinggi di sini telah memberikan ganti rugi RM50,000 kepada seorang bekas pegawai polis yang menyaman kerajaan atas penahanan salah.

Hakim Roslan Abu Bakar berkata, R Raj Kumar telah membuktikan kesnya atas imbangan kebarangkalian.



“Pengisytiharan plaintif bahawa beliau berada dalam tahanan yang menyalahi undang-undang selama 43 hari juga dibenarkan,” kata Roslan, yang menyampaikan keputusan itu menerusi prosiding dalam talian.

Raj Kumar, yang diwakili A Srimurugan, pada mulanya didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya 10 tahun lepas atas tuduhan menculik tetapi dibebaskan pada 2015.

Pada tahun sama, beliau memfailkan saman atas alasan penahanannya selepas didakwa adalah tanpa perintah reman yang sah oleh mahkamah.

Beliau menamakan tujuh defendan, termasuk pegawai penyiasat Maizali Mohamed dan kerajaan.



Samannya pertama kali dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi, tetapi selepas rayuan, mahkamah menghidupkannya kembali dan memerintahkan ia didengar di hadapan hakim perbicaraan yang lain.

Para defendan berkata, penahanan itu sah dan saman itu difailkan di luar tempoh kerana kesalahan didakwa berlaku pada 2012.

Peguam persekutuan Nur Aifaa Che Abdullah mewakili defendan. FMT

Mahkamah beri bekas polis ganti rugi RM50,000 untuk penahanan salah




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rakyat Kelantan tak perlu pawagam, boleh tengok Netflix – Mohd Amar



Pelanggan kecewa terima kentang goreng berkulat, masam

Terhidu najis burung merpati bawa maut



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker