Perbuatan kamu lebih teruk daripada binatang

Perbuatan kamu lebih teruk daripada binatang

Tawau: “Perbuatan kamu (tertuduh) tidak berhati perut dan amat kejam malah lebih teruk daripada binatang,” kata Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Tawau di sini, hari ini.

Amir Shah Amir Hassan yang bertindak selaku Hakim berkata, demikian ketika menjatuhkan hukuman penjara 28 tahun dan 22 sebatan terhadap seorang lelaki warga Filipina, Mohamad Tahir Abraham, 22.

Tertuduh yang juga pendatang asing tanpa izin (Pati) bekerja sebagai nelayan dan mengaku bersalah atas kesalahan menculik, merogol dan mencederakan seorang kanak-kanak perempuan berumur tujuh tahun ketika kejadian di Semporna, 7 April tahun lalu.

Amir Shah dalam keputusannya memerintahkan tertuduh dihukum penjara 20 tahun dan 18 sebatan atas kesalahan mengikut Seksyen 376(2)(e) manakala empat tahun penjara dan dua sebatan atas kesalahan masing-masing mengikut Seksyen 325 dan Seksyen 362 Kanun Keseksaan.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa merogol kanak-kanak itu di kawasan semak kira-kira 9 malam pada 7 April tahun lalu.

Atas kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 376 (2)(e) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara selama 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

Bagi kesalahan mengikut Seksyen 325, tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan cedera ke atas mangsa dengan cara menumbuk, menampar, mencekik serta menendang mangsa pada tarikh, masa dan lokasi yang sama.

Tertuduh juga turut berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 362 Kanun Keseksaan atas kesalahan memperdaya atau mendorong mangsa meninggalkan kediamannya tanpa kerelaan pada tarikh dan masa yang sama dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tujuh tahun dan sebat.

Terdahulu, pendakwaan yang dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Suhaimi Suriana dalam hujahnya memohon hukuman berat mengambil kira faktor trauma dialami mangsa selain faktor kepentingan awam.

“Walaupun kes ini dilaporkan pada April tahun lalu namun pertuduhan hanya dijalankan hari ini berikutan keadaan mangsa yang enggan dirakam percakapan kerana mengalami trauma malah semasa kawad cam dibuat mangsa meraung dan menangis apabila melihat wajah tertuduh,” katanya.

Mahkamah turut menetapkan hukuman ke atas tertuduh yang tidak diwakili peguam itu berjalan secara berasingan dan berkuat kuasa dari tarikh sabitan hari ini, selain tertuduh dirujuk ke Jabatan Imigresen untuk diusir pulang ke negara asal sebaik selesai menjalani hukuman. HM

Perbuatan kamu lebih teruk daripada binatang


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rakyat Kelantan tak perlu pawagam, boleh tengok Netflix – Mohd Amar

Pelanggan kecewa terima kentang goreng berkulat, masam

Terhidu najis burung merpati bawa maut

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker