Ekonomi global dan kenaikan harga barang – Dr Akmal Saleh



Ekonomi global dan kenaikan harga barang

Ekonomi global dan kenaikan harga barang

Ketika ekonomi global harini berada di dalam keadaan yang tidak berapa baik kenaikan harga barang yang begitu mendadak,perdana menteri sebenarnya memerlukan barisan kepimpinan kabinet yang benar2 efisyen dan berkemampuan untuk membantu perdana menteri menghadapi situasi ini.

Bukanlah barisan kabinet yang tidak berdaya saing yang hanya menduduki kerusi empuk menteri tanpa menyumbangkan apa2 faedah kepada perdana menteri untuk menangani masalah ekonomi.

Dengan komposisi menteri yang paling ramai sahaja tetapi tidak memberi faedah kepada negara sudah tentu ia menjadi beban kepada perdana menteri malah ada diantara menteri2 ini adalah muka yang sama dari zaman kerajaan PH yang telah kita tahu tidak mempunyai prestasi yang baik untuk mentadbir sejak dari awal lagi.

Seharusnya perdana menteri melihat semula struktur kabinet kerana kuasa preogatif memilih menteri adalah milik perdana menteri.





Baca Artikel Menarik:


Kecilkan kabinet,lantik orang yang benar2 boleh membantu dan mempunyai pemikiran yang baik dan jika perlu memilih di kalangan bukan ahli parlimen pon tidak mengapa selagi mana individu itu mampu untuk membantu perdana menteri dalam menangani isu ekonomi ini.

Jika ada dikalangan menteri2 dan pembangkang yang tidak bersetuju untuk mengadakan pilihanraya dlm tempoh terdekat ini atas alasan rakyat masih lagi ingin dibantu kerana ekonomi yang masih tidak stabil maka saya berharap mereka ini juga tidak akan menarik sokongan terhadap perdana menteri jika nama mereka tidak dipilih menjadi menteri kerana apa yang lebih penting sekarang adalah rakyat.

Jika ini boleh berlaku,seharusnya pru 15 boleh dianjakkan sehingga ke penghujung tempohnya dan jika tidak ia perlu berlaku sebaliknya.

Dr Akmal Saleh

https://www.facebook.com/m.akmalsaleh




Ekonomi global dan kenaikan harga barang


Baca Artikel Menarik:


Layari Laman Facebook :

MYKMU.NET


Pendakwaan Terpilih PH dan PN Mula Terbongkar



Leave a Reply

Your email address will not be published.