Padah cuba sogok polis

Padah cuba sogok polis

Cubaan dua lelaki cuba menyogok RM25,000 kepada pegawai kanan polis dalam serbuan di sebuah premis di Kepong mengundang padah apabila mereka ditahan semalam.

Setiausaha Polis Malaysia, Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, operasi Op Kontraban dijalankan oleh Cawangan Perisikan dan Siasatan Khas (CPSK), Pasukan Gerakan Khas (PGK), Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan serbuan itu.

Menurutnya, dalam operasi itu dua lelaki ditahan selepas cuba menyogok pegawai kanan polis yang menjalankan operasi.

“Dalam operasi yang sama, polis juga menahan seorang lelaki berusia 26 tahun dan lelaki warganegara Sri Lanka berusia 30 tahun.

“Sejumlah 34,536 tin minuman keras, 889 botol minuman keras, dua kenderaan pacuan empat roda dan wang tunai berjumlah RM42,157.50 dirampas dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM1,228,391.97,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Noorsiah berkata, salah seorang suspek pernah ditahan di lokasi dan kesalahan yang sama pada 16 Mac lalu dengan nilai rampasan RM736,658.99.

“Kesemua suspek ditahan reman di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul dan disiasat mengikut Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967 dan Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009.

“Kejayaan operasi ini adalah hasil kerjasama PDRM dan SPRM di dalam meningkatkan keberhasilan serta memastikan ketelusan operasi yang dijalankan supaya lebih berintegriti dan efektif selaras hasrat pucuk pimpinan PDRM,” katanya. HM

Padah cuba sogok polis


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rakyat Kelantan tak perlu pawagam, boleh tengok Netflix – Mohd Amar

Pelanggan kecewa terima kentang goreng berkulat, masam

Terhidu najis burung merpati bawa maut

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker