Filem Mat Kilau cecah RM47 juta selepas 11 hari tayangan

KUALA LUMPUR – Filem biografi epik, “Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan” yang telah mencetuskan fenomena luar biasa telah berjaya meraih kutipan tiket berjumlah RM47 juta selepas 11 hari ditayangkan di negara ini, Singapura dan Brunei.

Pengarahnya, Mohd Syamsul Mohd Yusof atau lebih dikenali sebagai Syamsul Yusof menerusi hantarannya di Instagram berkata, jumlah kutipan itu bakal mengatasi rekod pecah panggung filem Munafik 2 yang juga karya arahannya pada tahun 2018.

“Mat Kilau adalah filem terpantas mencecah RM47 juta hanya dalam 11 hari. Bakal mengatasi rekod pecah panggung Munafik 2 (RM48 juta). Hilang kata…limpah kurnia dari-Nya. Alhamdulillah terima kasih semuanya. Majulah filem untuk bangsa dan negara,” katanya.

Pengarah Terbaik Festival Filem Asia Pasifik (FFAP) ke-57 itu juga berkata, filem itu juga masih menduduki carta filem nombor satu di Malaysia dan berjaya mengetepikan filem Hollywood untuk minggu kedua.



Sejak ia mula ditayangkan pada 23 Jun lepas, filem yang dinspirasikan daripada sejarah benar tanah air itu telah berjaya menjadi antara perbualan utama di media sosial selain ia telah membangkitkan semangat kepahlawanan apabila ramai yang berbusana Melayu dan bersilat ketika hadir ke pawagan.

Filem yang menelan kos RM8 juta itu dibarisi ramai pelakon hebat antaranya Datuk Adi Putra, Beto Kusyairy, Fattah Amin, Wan Hanafi Su, Datuk Jalaluddin Hassan, Datuk Rahim Razali, Mubarak Majid, Shaharuddin Thamby, Namron, A. Galak, Ellie Suriaty, Khir Rahman dan pelakon dari seberang yang mencipta nama di Hollywood, Yayan Ruhian. – Bernama

 


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Mat Kilau kutip RM39j dalam 10 hari

Bantuan Keluarga Malaysia mungkin dinaikkan – PM

Jada Pinkett Smith Akui Ketagih Melakukan Onani Berkali-kali Dalam Sehari

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker