Komet gergasi K2 lintasi Bumi 14 Julai ini

Komet gergasi K2 lintasi Bumi 14 Julai ini

Sebuah komet sebesar dua kali ganda saiz Gunung Everest telah memasuki bahagian dalam sistem suria dan akan melintasi Bumi pada bulan ini, lapor laman berita Wion News kelmarin.

Komet C/2017 K2 (PANSTARRS) atau K2 itu pertama kali dikesan oleh Teleskop Angkasa Hubble di bahagian luar sistem suria pada 2017.

K2 ketika itu dianggap sebagai komet aktif paling jauh pernah dikesan walaupun telah diatasi oleh megakomet bernama Bernardinelli-Bernstein tahun lepas.

Menurut ahli-ahli astronomi, K2 akan melakukan perjalanan paling dekat dengan Bumi pada 14 Julai ini di mana ia akan berada kira-kira 270 juta kilometer (km) dari Bumi.

Mereka yang tidak memiliki teleskop boleh melihat komet itu secara dalam talian menerusi laman web pemerhatian awam seperti Virtual Telescope Project yang dipaparkan secara langsung. Tayangan itu akan bermula pada pukul 10.15 malam (waktu tempatan) pada 14 Julai ini.

Selepas melepasi Bumi pada bulan ini, komet K2 akan meneruskan perjalanan ke arah perihelion iaitu laluan terdekatnya dengan Matahari.

Saintis-saintis telah mengesan K2 selama beberapa tahun, namun berlaku perdebatan mengenai saiz nukleus komet itu.

Duta sistem suria dari Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA), Eddie Irrizarry dan Kelly Kizer Whitt berkata, lebar komet itu dianggarkan sekitar 18 hingga 161 km.

Saiz ekor komet itu pula sedang dibahaskan oleh ahli-ahli astronomi. Jejak habuk dan gas di belakang K2 dianggarkan berada pada lokasi antara 130,000 hingga 800,000 km. K Online

Komet gergasi K2 lintasi Bumi 14 Julai ini


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Puteri Sarah saman Ira Kazar

Pelanggan kecewa terima kentang goreng berkulat, masam

UMNO bertindak betul gugurkan Tajuddin – Penganalisis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker