Aidiladha: Berganding Bahu Tangani Inflasi, Berkorban Bantu Golongan Miskin – PM

Aidiladha: Berganding Bahu Tangani Inflasi, Berkorban Bantu Golongan Miskin – PM

Aidiladha yang akan disambut esok di Malaysia mengajar umat Islam mensyukuri nikmat dikurniakan Allah SWT dan berkorban untuk membantu golongan memerlukan serta menginsafi nasib mereka yang lebih daif dengan melakukan kebajikan agar si miskin tidak terpinggir.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ia selari dengan konsep Keluarga Malaysia yang dicetuskan beliau pada Ogos tahun lepas iaitu memastikan tidak ada Keluarga Malaysia yang ketinggalan.



Beliau berkata dalam mendepani cabaran ekonomi yang turut dihadapi seluruh dunia, kerajaan sedaya upaya berusaha menangani impak inflasi global termasuk menubuhkan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi yang berperanan menyatukan semua kementerian dan agensi berkaitan bagi menyelesaikan kesulitan yang dihadapi Keluarga Malaysia dengan segera.

Bagaimanapun, Perdana Menteri berkata kerajaan tidak dapat melakukannya sendirian sebaliknya memerlukan seluruh Keluarga Malaysia untuk sama-sama berganding bahu menangani cabaran itu.

“Ini adalah jihad kita bersama untuk memastikan ekonomi negara kembali pulih,” katanya dalam perutusan khas sempena Aidiladha 1443H yang bersiaran secara langsung di saluran televisyen tempatan malam ini.

Ismail Sabri berkata berbekalkan semangat pengorbanan yang diamalkan, Keluarga Malaysia mampu menjadikan tanah air kalis cabaran, kukuh dan terus maju dalam mendepani apa jua situasi dan cabaran mendatang.

Beliau berkata semangat toleransi yang berasaskan konsep Tasamuh dalam Islam turut menjadi antara elemen penting untuk mengekalkan perpaduan dan kesejahteraan Keluarga Malaysia.



“Sikap berlapang dada membolehkan kita terus maju membangun dan mencegah diri daripada perbalahan yang hanya akan merugikan ummah.

“Nilai Tasamuh ini turut tersemat erat dalam urusan ibadah haji. Ia tidak membezakan status dan darjat sesama insan malah menggambarkan sebuah keluarga besar yang rukun, aman damai dan bersatu padu,” katanya.

Perdana Menteri juga berkata kesanggupan berkorban harta kekayaan bagi membantu golongan daif adalah kebajikan yang diseru oleh Islam dan ia adalah simbol ketaatan, ketakwaan serta kehambaan kita kepada Maha Pencipta.

Ismail Sabri berkata perayaan Aidiladha yang berkait rapat dengan keinsafan, pengorbanan, kebersamaan dan kesyukuran memberi pengertian amat besar kepada umat Islam dalam meneruskan kehidupan lebih harmoni di sebalik pelbagai ketidaktentuan ketika ini,



Pada masa sama, beliau juga menyeru Keluarga Malaysia supaya mengetepikan perbezaan fahaman politik dan membuktikan keinsafan serta kesyukuran dengan bersama-sama meningkatkan martabat agama selain memupuk hubungan baik dengan rakan daripada keturunan dan agama lain.

Beliau turut mendoakan agar urusan lebih 14,000 jemaah Malaysia di Makkah dipermudah dan mereka dikurniakan haji mabrur.

“Di kesempatan ini, saya dan isteri serta seisi keluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh Keluarga Malaysia yang beragama Islam walau di mana sahaja anda berada,” katanya.– BERNAMA

Aidiladha: Berganding Bahu Tangani Inflasi, Berkorban Bantu Golongan Miskin – PM



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Amell Pukul Mak Wan sebab diludah, Didie Alias Dedah Hal Sebenar



Lelaki Melayu Pertama ‘Catwalk’ Di Paris Fashion Week

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker