8 Kedai Bazar Padang Hiliran Musnah Terbakar Pada Malam Aidiladha [VIDEO]

8 Kedai Bazar Padang Hiliran Musnah Terbakar Pada Malam Aidiladha

KUALA TERENGGANU – Ujian berat menimpa seorang pengusaha kedai basikal apabila premisnya musnah dalam kebakaran pada malam Aidiladha di Bazar Padang Hiliran di sini malam tadi.

Kebakaran pada pukul 10.30 malam itu turut menjejaskan tujuh premis perniagaan lain bersebelahan dengan kerugian keseluruhan dianggarkan kira-kira RM1 juta.



Pengusaha kedai basikal tersebut, Nik Zamri Abu Bakar berkata, sewaktu kejadian, dia dalam perjalanan pulang ke rumah di Sungai Tong, Setiu.

“Saya menutup kedai pada pukul 10 malam kerana sudah berjanji untuk membantu isteri menyiapkan persiapan raya (Aidiladha).

“Sewaktu dalam perjalanan pulang (ke rumah), saya menerima dimaklumkan kedai basikal saya sedang terbakar menerusi aplikasi WhatsApp,” katanya di lokasi kejadian di sini awal pagi tadi.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Terengganu, Md. Hilman Abd Rashid berkata, seramai anggota bomba dengan kekuatan empat jentera telah dikejarkan ke lokasi kebakaran sebaik menerima maklumat pada pukul 10.43 malam.



8 Kedai Bazar Padang Hiliran Musnah Terbakar Pada Malam Aidiladha

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Amell Pukul Mak Wan sebab diludah, Didie Alias Dedah Hal Sebenar

Lelaki Melayu Pertama ‘Catwalk’ Di Paris Fashion Week



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker