Satu Maut, Empat Cedera Bila Kereta Terbalik Di Sungai Siput

Satu Maut, Empat Cedera Bila Kereta Terbalik Di Sungai Siput

SUNGAI SIPUT: Seorang wanita maut selepas kereta yang dinaikinya dipercayai terbabas sebelum terbalik di Jalan Sungai Siput-Khantan, dekat sini, malam tadi.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, mereka menerima maklumat mengenai nahas pada jam 8.08 malam.

“Setibanya jentera di lokasi kejadian, didapati kemalangan jalan raya melibatkan sebuah kereta Proton Satria telah terbabas, lalu terbalik,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Menurut kenyataan itu lagi, kemalangan turut menyebabkan tiga lelaki dewasa dan seorang kanak-kanak perempuan yang berada di dalam kereta terbabit mengalami kecederaan.

“Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang terperangkap di dalam kereta dan menyerahkannya kepada pihak ambulans serta polis untuk tindakan selanjutnya,” ujarnya.

Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II Samsu Bahrin Aziz tamat jam 9.35 malam.-AA

Satu Maut, Empat Cedera Bila Kereta Terbalik Di Sungai Siput

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Amell Pukul Mak Wan sebab diludah, Didie Alias Dedah Hal Sebenar

Lelaki Melayu Pertama ‘Catwalk’ Di Paris Fashion Week

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker