Aidiladha: Jangan Buat Dua Perkara Ini Ketika Melapah Daging Korban

Aidiladha: Jangan Buat Dua Perkara Ini Ketika Melapah Daging Korban

SEBAGAI umat Islam, terdapat banyak perkara yang kita perlu tahu supaya tiada keraguan semasa melakukan ibadah. Salah satunya adalah mengetahui tentang berkaitan pembahagian daging korban.

Umumnya pada hari penyembelihan bintang korban, ramai yang ingin membantu. Ada yang memotong dan melapah daging untuk melancarkan urusan pembahagian daging tersebut.

Usaha ini sekali gus dapat juga menambah pahala dengan melakukan kebaikan di Hari Raya Korban.

Namun jangan terkejut, perkara yang kita nampak baik untuk kita lakukan tapi tanpa sedar boleh juga mengundang dosa andai anda melakukan perkara-perkara sepertimana yang dikongsikan oleh Prof Madya Datuk Mohd Asri Zainul Abidin di akaun Facebook miliknya.

AWAS! PENCURIAN DAGING KORBAN

1. Ambil dulu bahagian yang disukai tanpa izin.

Antara dosa yang sering berlaku semasa pengurusan korban ialah mencuri daging korban ataupun bahagian korban.

Ini berlaku apabila ada pihak yang mengambil daging korban atau bahagian daripada haiwan korban tanpa terlebih dahulu meminta izin dari empunya korban.

2. Ambil daging korban atas dasar upah kerja

Biasanya hal ini dilakukan oleh penyembelih, pelapah dan mereka yang terlibat dengan proses pengurusan penyembelihan.

Tanpa terlebih dahulu meminta izin dari individu yang melakukan ibadah korban itu, mereka mengambil bahagian korban tersebut.

Kadang-kala mereka merasa mereka berhak kerana menolong atau kerana AJK masjid. Sedangkan daging korban tidak boleh dijadikan upah.

Biasanya, mereka akan meletakkan bahagian yang mereka sukai itu berasingan untuk mereka ambil apabila selesai urusan pelapahan haiwan korban.

Jika seekor lembu yang dibahagikan tujuh, maka ketika pembahagian dibuat, anggota atau bahagian tertentu telah pun dicuri terlebih dahulu.

Walaupun mungkin tuan empunya tidak membuat bantahan, namun itu bukan bererti dia bersetuju memberikan.

Mungkin dia malas bergaduh ataupun tidak tahu. Namun perbuatan mengambil daging korban tanpa terlebih dahulu diizinkan oleh empunya, merupakan perbuatan yang haram.

Firman Allah:

ياأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَأْكُلُوا أَمْوَالَكُمْ بَيْنَكُمْ بِالْبَاطِلِ

(maksudnya) “Wahai mereka yang beriman, jangan kamu makan harta kamu antara kamu dengan cara yang batil (salah)” (Surah al-Nisa: 29).

Ingatlah, dalam hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim, seorang yang menyertai misi jihad bersama Rasulullah SAW telah dibunuh. Orang ramai mengucapkan tahniah kerana beliau telah mati syahid (martyrdom). Namun Nabi SAW menyebut:

كلا، الذي نَفْسِي بيَدِهِ، إنَّ الشَّمْلَةَ الَّتي أخَذَها يَومَ خَيْبَرَ مِنَ المَغانِمِ، لَمْ تُصِبْها المَقاسِمُ، لَتَشْتَعِلُ عليه نارًا فَلَمّا سَمِعَ ذلكَ النّاسُ جاءَ رَجُلٌ بشِراكٍ – أوْ شِراكَيْنِ – إلى النبيِّ ﷺ، فَقالَ: شِراكٌ مِن نارٍ – أوْ: شِراكانِ مِن نارٍ -.

“Tidak! Sesungguhnya selendang dari harta rampasan perang yang dia ambil pada hari Peperangan Khaibar tanpa pembahagian (yang betul) sedang menyalakan api neraka ke atasnya”. Apabila orang ramai mendengar kenyataan tersebut, maka seorang lelaki datang membawa seutas atau dua utas tali (yang diambil tanpa pembahagian yang diizin) kepada Nabi SAW. Baginda bersama: Seutas atau dua utas tali juga (menyebabkan masuk) dalam neraka.

Bayangkan, jika mengambil seutas tali atau sehelai selendang tanpa pembahagian yang diizinkan, masuk neraka.

Walaupun individu itu menyertai jihad bersama Nabi SAW, bagaimanakah jika seketul atau satu kilo atau lebih daging? – Keluarga

Aidiladha: Jangan Buat Dua Perkara Ini Ketika Melapah Daging Korban

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Amell Pukul Mak Wan sebab diludah, Didie Alias Dedah Hal Sebenar

Lelaki Melayu Pertama ‘Catwalk’ Di Paris Fashion Week

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker