Lelaki Kurang Waras Berenang Tengah Tasik Berjaya Diselamatkan

Lelaki Kurang Waras Berenang Tengah Tasik Berjaya Diselamatkan

KUALA LUMPUR: Tindakan pantas pasukan penyelamat berjaya menyelamatkan seorang lelaki dipercayai mengalami gangguan mental daripada lemas di Taman Tasik Sri Rampai, Jalan Kilang di sini, pada Sabtu.

Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur dalam satu kenyataan berkata, sebuah jentera dikerahkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan daripada pihak polis pada jam 6.39 petang.

“Pihak polis memohon bantuan pihak bomba untuk menyelamatkan seorang lelaki dipercayai kurang waras yang telah berenang sejauh 100 meter ke tengah-tengah tasik tersebut.

“Pasukan bomba berjaya menyelamatkan lelaki tempatan berumur 20 tahun itu pada jam 7.25 petang,” menurut kenyataan tersebut pada Sabtu malam.

JBPM berkata, lelaki tersebut dipercayai berhalusinasi sehingga mendorongnya bertindak sedemikian.

Katanya, mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. –Sinar Harian.

Lelaki Kurang Waras Berenang Tengah Tasik Berjaya Diselamatkan

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Amell Pukul Mak Wan sebab diludah, Didie Alias Dedah Hal Sebenar

Lelaki Melayu Pertama ‘Catwalk’ Di Paris Fashion Week

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker