Lelaki mengaku dera, bunuh lima anak kandung

Seorang bapa yang didakwa membunuh anak perempuannya berusia dua tahun, turut mengaku membunuh empat anak lelakinya antara 2013 dan 2018, lapor Bangkok Post.

Menurut polis, Songsak, 46, adalah bapa kepada 10 cahaya mata berusia antara enam bulan hingga 22 tahun, menerusi perkahwinannya dengan empat isteri.

Dia ditahan pada 10 September lalu selepas pempengaruh media sosial, Kanthas Phongphaibulwet, melaporkan kepada polis berikutan beliau mensyaki penderaan kanak-kanak di sebuah pangsapuri di daerah Bang Khen, Bangkok.



Polis membebaskan dua anak perempuan Songkak berusia empat dan 12 tahun, yang dilaporkan dikurung di bilik air pangsapuri itu.

Polis berkata, anak perempuan paling kecil itu kehilangan penglihatannya akibat penderaan fizikal.

Songsak mengaku kepada polis bahawa dia dan isteri ketiganya, Sunan, membunuh seorang lagi anak perempuannya, berusia dua tahun, di apartmen itu pada Mei.

Pasangan itu berkata mereka menanam mayat mayat dengan simen di bawah lantai dapur rumah Sunan di Kamphaeng Phet, sebuah perkampungan di utara wilayah tengah Thailand.



Pada Selasa, polis menemui mayat gadis itu, yang dibungkus dalam beg sampah dan ditanam kira-kira 70 sentimeter di bawah tanah di rumah Sunan, lapor The Nation.

Ketika disoal siasat polis, Songsak mendedahkan dia turut membunuh empat anak lelakinya, yang sebelum ini dilaporkan hilang pada 2013, 2014, 2016 dan 2018.

Keempat-empat kanak-kanak lelaki itu dilaporkan berusia kurang dari satu tahun ketika masing-masing dibunuh.

Mayat mereka dibuang di beberapa bahagian di Bangkok, menurut saluran berita Thaiger.



Songsak dilaporkan mengaku kepada polis bahawa dia benci bunyi tangisan kanak-kanak.

Dia juga mengakui sedang menerima rawatan ekoran keadaan kesihatan mentalnya.

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dia raba dada saya – Sarimah



Tuduhan PM peliwat, laporan polis di seluruh negara ke atas Radzi

Tudung Nelydia Senrose terbang?



Caprice dakwa Bapa Mondy kena ‘payung’

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker