Israel mula ditekan henti keganasan

Israel mula ditekan henti keganasan

Ketika perang antara Palestin dan Israel semakin memuncak beberapa pihak termasuk sekutu Israel mula mengecam wilayah haram itu selepas tidak bersetuju dengan serangan melampau dilakukan oleh tentera zionis di Gaza.

Menurut Menteri Luar Jordan, Ayman Safadi, apa yang berlaku di Gaza ketika ini tidak boleh boleh dinilai secara berat sebelah.



Sebaliknya, kata beliau, semua aspek harus diteliti.

Malah, Ayman menegaskan tindakan Israel juga seolah-olah kebal daripada undang-undang antarabangsa.

Beliau turut menggesa menghentikan pengamalan dasar pilih kasih dalam menangani konflik Gaza.

Antara negara sekutu yang turut mendesak Israel supaya menghentikan serangan di Gaza adalah Perancis, dengan Presiden Emmanuel Macron menggesa Israel tidak melakukan serangan `tanpa peraturan’.



Pada 7 Oktober lalu, pejuang Hamas menyerang Israel sehingga mengorbankan sekurang-kurangnya 1,400 di wilayah haram itu.

Menurut Kementerian Kesihatan, lebih 5,700 rakyat Palestin yang majoritinya orang awam, terbunuh di seluruh Semenanjung Gaza dalam serangan udara Israel.

GESA HENTI PERANG

Dalam pada itu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa konflik Israel-Hamas di Semenanjung Gaza dihentikan sementara agar dapat menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Palestin yang dikepung.



Amerika Syarikat (AS) bersama Kanada turut mendesak pergolakan dihentikan sementara bagi memberi ruang untuk membawa masuk bantuan kemanusiaan yang penting.

Pada masa yang sama, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga menggesa `gencatan senjata kemanusiaan’ dilaksanakan segera bagi mengelak bekalan makanan, ubat-ubatan dan bahan api kehabisan di Gaza.

White House dalam satu kenyataan memaklumkan Presiden AS, Joe Biden dan Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed Salman menerusi panggilan telefon bersetuju melaksanakan diplomasi yang lebih luas untuk mengekalkan kestabilan di Asia Barat.

Mereka juga bersetuju bahawa usaha menyeluruh membabitkan semua pihak berkepentingan perlu diselaras bagi menghalang konflik semakin memburuk.



Selain itu, Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau turut menyokong usul pemberhentian sementara perang bagi memikirkan semula konflik tercetus sejak 7 Oktober lalu.

PELANGGARAN UNDANG-UNDANG ANTARABANGSA

Sementara itu, Guterres mendakwa berlakunya pelanggaran undang-undang antarabangsa di Gaza dan menggesa gencatan senjata segera diisytiharkan.

Katanya, krisis itu memecah belahkan Majlis Keselamatan (UNSC) dan membelakangkan undang-undang antarabangsa yang wajib dipatuhi semua.



Guterres menegaskan, tiada alasan bagi serangan mengejut dilakukan oleh pejuang Hamas pada 7 Oktober lalu, namun ia tidak menjadi alasan untuk menghukum penduduk Palestin.

“Saya amat bimbang dengan pelanggaran undang-undang kemanusiaan antarabangsa yang sedang kita saksikan di Gaza.

“Biar saya jelaskan, tiada pihak dalam konflik bersenjata boleh melangkaui undang-undang kemanusiaan antarabangsa,” katanya tanpa menamakan Israel secara khusus.

Tambah Guterres, serangan Hamas tidak mungkin berlaku tanpa sebab memandangkan rakyat Palestin sejak sekian lama terkesan dengan kekejaman dan penindasan selama 56 tahun lalu. – AFP/REUTERS/AGENSI



Israel mula ditekan henti keganasan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nabil luah isi hati mengenai Elly Mazlein

Adegan panas dengan Zul Ariffin buahkan hasil – Siti Hariesa

Saya pakai singlet jer – Elisya Sandha

Ameera Khan bercinta dengan Meerqeen?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker