Malaysia cadang hantar pensyarah, jurulatih TVET ke Korea Selatan, Turkiye ikuti latihan ToT

Malaysia cadang hantar pensyarah, jurulatih TVET ke Korea Selatan, Turkiye ikuti latihan ToT

Kerajaan bercadang menghantar pensyarah serta jurulatih khususnya dalam bidang Pendidikan, Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) ke sumber negara baharu untuk mendapatkan latihan intensif menerusi program ‘Training of Trainers’ (ToT).

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata antara negara itu ialah Korea Selatan serta Turkiye yang yang memiliki institusi TVET terbaik dan berpengalaman.



“Sekarang ini memang kita ada hantar umpamanya ke Jerman dan Jepun kerana dua negara ini mempunyai kekuatan dalam TVET selain memiliki hubungan yang sangat lama dengan Malaysia.

“Bagaimanapun, kita harus meneroka peluang ini dengan Korea Selatan kerana mereka mempunyai institusi TVET cukup berpengalaman walaupun satu ketika dahulu mereka pernah belajar dengan sebuah negara di Eropah dan akhirnya negara terbabit belajar balik dengan Korea Selatan,” katanya.
Beliau ditemui selepas menyertai sesi bual bicara kelolaan Overseas Development Institute (ODI) bertajuk ‘Modal Insan Penggerak Pembangunan Negara: Pandangan Daripada Pendekatan Ekonomi Baharu Malaysia’.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Majlis TVET Negara berkata, Turkiye pula memiliki kemahiran tinggi dari segi industri pertahanan.

Cadangan terbabit akan diterjemahkan selewat-lewatnya pada suku pertama tahun depan kerana bajet yang disediakan perlu diselaraskan untuk memberi latihan baharu kepada tenaga pengajar serta jurulatih terbabit.



“Belanjawan 2024 memperlihatkan (keperluan memberikan) latihan secara berketerampilan, berkemahiran dan profesional untuk dijadikan antara keutamaan dalam mewujudkan sumber tenaga yang baharu.

“Malah kami juga membuka peluang untuk bakal jurulatih ini belajar mengenai industri baharu, umpamanya dalam industri aeroangkasa kerana peluang dalam sektor penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) amat besar di Malaysia,” katanya.

Terdahulu, menerusi sesi bual bicara itu, beliau berkongsi mengenai pendekatan konsep MADANI diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mampu mendukung keseimbangan dan kestabilan masyarakat.

Jelasnya, konsep diacu berteraskan enam rukun iaitu kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan antara penggerak penting dalam memacu pertumbuhan modal insan di Malaysia yang terdiri dengan kepelbagaian kaum, agama serta budaya.



Ahmad Zahid kini dalam lawatan kerja di United Kingdom (UK) bagi menghadiri Persidangan Perniagaan Halal Dunia (WHBC) 2023.

Selain merasmikan WHBC 2023, Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah itu dijadual mengadakan beberapa pertemuan rasmi dengan Ahli Parlimen UK.

Beliau juga dijadual mengadakan mesyuarat bilateral dengan Setiausaha Alam Sekitar, Makanan dan Hal Ehwal Luar Bandar UK, Therese Coffey. BH

Malaysia cadang hantar pensyarah, jurulatih TVET ke Korea Selatan, Turkiye ikuti latihan ToT



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nabil luah isi hati mengenai Elly Mazlein



Adegan panas dengan Zul Ariffin buahkan hasil – Siti Hariesa

Saya pakai singlet jer – Elisya Sandha



Ameera Khan bercinta dengan Meerqeen?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker