Siti Mastura serah rujukan kait Guan Eng dengan Chin Peng kepada polis

Siti Mastura serah rujukan kait Guan Eng dengan Chin Peng kepada polis

Ahli Parlimen Kepala Batas Siti Mastura Muhammad menyerahkan bahan rujukan dalam ucapannya yang mengaitkan Pengerusi DAP Lim Guan Eng dengan Ketua Parti Komunis Malaya Chin Peng kepada polis.

Peguamnya, Ahmad Amzar Ahmad Azlan, berkata bahan itu diserahkan ketika timbalan ketua Dewan Muslimat PAS Pulau Pinang dipanggil memberi keterangan di Bukit Aman, pagi tadi.



“Kita ada beberapa bahan rujukan kita kumpul dan serahkan kepada polis. Sama ada bahan itu relevan atau tidak, sahih atau tidak kita serahkan kepada polis.

“Saya percaya polis akan buat siasatan lanjut…sekiranya perlu kita akan bantu siasatan. Kita serahkan kepada polis selesaikan siasatan dan serahkan kepada pendakwa raya,” katanya ditemui selepas rakaman percakapan itu.

Sementara itu, Amzar memaklumkan pejabat Mastura menerima empat surat tuntutan daripada pemimpin DAP, dipercayai berkaitan isu tersebut daripada Guan Eng dan isterinya Betty Chew, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Naib Pengerusi DAP Teresa Kok.

“Setakat ini (kenyataan awal Mastura) seperti yang sudah dicakap tiada perubahan, biar polis siasat.



“Kalau ada tindakan berlainan kita akan teliti. Sama ada kenyataan itu akan diubah ditarik, (kemuka) permohonan maaf atau kita akan lawan, itu selepas kita teliti (surat tuntutan), kita baru terima dan belum sempat bincang (isi kandungan) surat itu,” katanya.

Dalam sidang media itu juga, Siti Mastura berkata beliau disiasat berkaitan isu membabitkan agama, bangsa dan institusi diraja (3R).

Terdahulu, Mastura hadir ke Bukit Aman kira-kira 11 pagi tadi bersama peguamnya dan sesi rakaman percakapan berlangsung lebih sejam.

Dalam satu majlis di Kemaman, Terengganu, baru-baru ini, Siti Mastura mendakwa pemimpin veteran DAP Kit Siang yang juga bapa Guan Eng, adalah sepupu kepada Chin Peng.



Beliau turut mendakwa Kit Siang dan Guan Eng adalah sepupu kepada bekas perdana menteri Singapura, Lee Kuan Yew, manakala Ahli Parlimen Seputeh, Kok sepupu Chew. FMT

Siti Mastura serah rujukan kait Guan Eng dengan Chin Peng kepada polis

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Mas Idayu nak pengsan tengok persembahan Shila Amzah dengan Syahir

Cek Mek Molek Aliff Aziz paling lengkap



Siti Nordiana gagal bawa watak ‘nakal’ Britney

Ramli MS terkejut Aliff Aziz ada jiwa ‘leman’



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker