Bogel di surau , pasangan dipenjara

Bogel di surau , pasangan dipenjara

Batu Pahat: Dua rakan masing-masing lelaki dan wanita mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan berbogel di surau plaza tol dekat Yong Peng, Rabu lalu.

Tertuduh, Lok Kah Hui, 25, dan Yap Win Yin, 26, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca bersama dalam bahasa Mandarin oleh jurubahasa di hadapan Majistret Suhaila Shafi’uddin.



Mengikut pertuduhan, Lok bekerja sebagai penjaga kebun durian manakala Yap, pekerja kedai makanan haiwan didakwa berbogel sesama sendiri di surau lelaki, dekat Plaza Tol Yong Peng pada 8.15 pagi, 8 November lalu.

Susulan itu, dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 34 kanun sama, penjara sehingga dua tahun jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Farah Wahidah Mohd Sharip manakala Lok diwakili Tan Song Yan. Yap pula diwakili Kamarul Arifin Nordin, dengan kedua-duanya daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Terdahulu pihak pendakwaan dalam hujahnya meminta mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal dengan mengambil kesalahan serius dilakukan kedua-dua tertuduh.



“Walaupun, kedua-dua tertuduh mengaku bersalah dan menjimatkan kos mahkamah, ia tidak bermakna pengakuan itu secara automatik boleh meringankan hukuman terhadap mereka.

“Mahkamah perlu mengambil kira kepentingan awam atas perbuatan dilakukan tertuduh iaitu kelucahan melampau dan hukuman perlu dilakukan sebagai pengajaran kepada individu lain,” katanya.

Selepas mengambil kira pengakuan bersalah kedua-dua tertuduh, hujahan pihak pendakwaan dan pembelaan, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara enam bulan terhadap Lok manakala, Yap, lima bulan.

Mahkamah juga memutuskan hukuman itu berjalan bermula dari tarikh kedua-dua tertuduh ditangkap 8 November lalu. HM



Bogel di surau , pasangan dipenjara

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Mas Idayu nak pengsan tengok persembahan Shila Amzah dengan Syahir



Cek Mek Molek Aliff Aziz paling lengkap

Siti Nordiana gagal bawa watak ‘nakal’ Britney



Ramli MS terkejut Aliff Aziz ada jiwa ‘leman’



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker