Shuib mohon maaf, jumpa KWSP lunas tunggakan caruman pekerja secara ansuran

Shuib mohon maaf, jumpa KWSP lunas tunggakan caruman pekerja secara ansuran

Pelawak dan usahawan, Shuib mengakui berlaku masalah kelewatan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada kaki tangan syarikat syarikat minuman yang diasaskannya iaitu Bubble Bee.

Menurut Shuib, masalah itu berlaku disebabkan masalah kelemahan daripada pihak pengurusan terdahulu.



Enggan mendiamkan diri, Shuib juga memaklumkan pihaknya juga sudah mengadakan rundingan dengan KWSP bagi bagi menyelesaikan isu bayaran caruman pekerja yang tertunggak.

“Kami akui, ya Bubble Bee ada ‘sangkut’ KWSP, cuma saya nak buat pencerahan sebab bila surat layang itu dikeluarkan di TikTok, seolah-olah kami memang langsung buat tak tahu tentang caruman KWSP setiap kakitangan kami.

“Itu macam tak okay sangatlah sebab saya nak beritahu mula dari awal tahun ini kami berhubung dengan KWSP, maklumkan kepada pihak mereka tentang situasi tunggakan caruman yang mana kami tidak dapat bayar sekali gus.

“Kami buat rundingan untuk bayar secara ansuran sebab itu adalah kewajipan syarikat, macam macam mana pun kena bayar.



“Itu adalah hak pekerja, dan alhamdulillah kami pun ada buat pembayaran cuma menunggu untuk keputusan berapa kali ansuran dan setiap ansuran itu berapa kali yang kami boleh bayar,” jelasnya.

Shuib menjelaskan perkara itu menerusi video yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya.

Dalam pada itu, Shuib juga memohon maaf kepada semua pihak yang terjejas dengan isu kelewatan pembayaran KWSP terutamanya kakitangan Bubble Bee.

“Saya dan pihak Bubble Bee nak minta maaf kepada kakitangan termasuklah bekas pekerja di atas kekurangan dan kekhilafan ini.
“Insya-Allah kami akan selesaikan secepat mungkin, saya tak nak ada salah faham,” ujarnya.



Terdahulu, tular di TikTok mengenai seorang individu yang tidak dikenali memuat naik kenyataan mendakwa jenama pencuci mulut dan minuman Bubble Bee milik pelawak Shuib Sepahtu culas menjalankan tanggungjawab sebagai majikan dalam mencarum menerusi KWSP sejak awal tahun 2023.

Tidak cukup dengan itu, individu terbabit juga turut mendakwa berlakunya kelewatan pembayaran gaji serta elaun kerja lebih masa pekerja Bubble Bee. Gempak

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Mas Idayu nak pengsan tengok persembahan Shila Amzah dengan Syahir

Cek Mek Molek Aliff Aziz paling lengkap



Siti Nordiana gagal bawa watak ‘nakal’ Britney

Ramli MS terkejut Aliff Aziz ada jiwa ‘leman’



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker