Tapak harimau belang sebesar tapak tangan orang

Tapak harimau belang sebesar tapak tangan orang

GUA MUSANG – Kira-kira 800 penduduk Kampung Seberang Lembaga di Rancangan Pemulihan Tanah (RPT) Kesedar Sungai Terah, di sini gempar selepas menemui kesan tapak kaki harimau belang berhampiran rumah penduduk, petang kelmarin.

Penghulu Mukim RPT Kesedar Sungai Terah, Nordin Mat Yusoff, 48, berkata, penduduk kini hidup dalam ketakutan susulan penemuan tapak kaki harimau belang sebesar tapak tangan manusia itu.



Katanya, penduduk telah membuat laporan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) berhubung kejadian tersebut.

“Anggota Perhilitan sudah datang untuk melihat kesan di lokasi tempat penduduk menjumpai tapak harimau terbabit pagi ini (semalam).

“Buat masa ini, saya menasihatkan kepada pekebun supaya sentiasa berhati-hati terutamanya apabila keluar pada waktu malam atau tidak ke kebun buat sementara waktu,” katanya ketika ditemui pemberita di Kampung Seberang Lembaga di sini, semalam.

Seorang pekebun, Zahari Daud, 53, berkata, dia berharap pihak berwajib dapat segera menangkap haiwan liar terbabit yang kini dipercayai masih berkeliaran di kawasan hutan dan kebun penduduk.



“Beberapa hari lalu kelibat haiwan liar itu dilihat di Jalan Subong di sini. Terbaharu, seorang penduduk cedera selepas merempuh harimau belang dan semalam (kelmarin) kami menemui kesan tapak kaki di belakang rumah penduduk.

“Saya harap harimau terbabit dapat ditangkap dengan kadar segera supaya penduduk dan pekebun dapat hidup dengan lebih tenang,” katanya.

Seorang lagi pekebun, Raja Azmi Ramli, 64, berkata, meskipun takut dan bimbang terserempak harimau belang, dia tetap perlu ke kebun untuk membaja pokok sawit walaupun kebimbangan dan ketakutan para pekebun dan penduduk kampung,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Perhilitan Kelantan, Mohamad Hafid Rohani berkata, pihaknya sudah ke lokasi kejadian selepas menerima aduan daripada penduduk kampung.



Katanya, ukuran tapak harimau belang sudah diambil selepas anggota Perhilitan bergegas ke lokasi kejadian pagi semalam dan siasatan lanjut sedang dijalankan. K Online

Tapak harimau belang sebesar tapak tangan orang

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Siti Nordiana guna bomoh dalam GV?

Mahathir jawab berdepan kenapa tak suka Khairy



Suhaimi Saad ditidurkan di ICU

Bogel di surau , pasangan dipenjara



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker