Pengakuan Mahathir bukti beliau tidak ikhlas kerjasama

Pengakuan Mahathir mengenai dirinya dan DAP saling mempergunakan satu sama lain pada 2018 membuktikan bekas perdana menteri itu tidak ikhlas bekerjasama membentuk pentadbiran baharu.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, berkata keadaan berbeza dengan DAP yang ikhlas bekerjasama dengan Dr Mahathir bagi memastikan wujud satu pentadbiran dan kerajaan yang baharu pada ketika itu.

“Kita mengharapkan Tun M dengan usia begitu lanjut beliau boleh berubah (ketika itu) bukan saja nak bersama-sama menumbangkan Barisan Nasional (BN) tetapi membawa kepada pembaharuan.



“Itu sebab pada ketika itu ramai menaruh harapan beliau menggunakan peluang kedua membawa pembaharuan dan kemajuan kepada negara dan disebabkan itu pada 2018 ada Harapan Malaysia Baharu.

“Namun apa yang berlaku sudah menjadi sejarah yang tidak perlu diulas panjang, banyak perkara beliau tidak mahu mengaku, contohnya (adakah) beliau tidak membelakangi janjinya menyerahkan kuasa dan menggunakan pelbagai alasan seperti Langkah Sheraton dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Dr Mahathir mendakwa kerjasama dengan DAP didorong oleh keinginan bersama mendapatkan majoriti dua pertiga untuk Pakatan Harapan (PH) ketika Pilihan raya umum Malaysia ke-14 (PRU14) pada Mei 2018 yang mengambil kira ‘the enemy of your enemy is your friend’ (musuh kepada musuh anda adalah rakan anda).

Terdahulu Loke hadir merasmikan program Women’s Safety in Transit and Transport Industry di Sunway Resort Hotel, di sini, hari ini.



Loke berkata, kenyataan bekas Ahli Parlimen Langkawi itu hanya kerana didorong pandangannya yang berterus terang.

“Kita yang biasa dengannya, kita tahu pandangan serta percakapannya, saya rasa beliau berterus terang menggunakan kita (DAP) pada ketika itu.

“Memang ada kerjasama antara PH khususnya DAP dengan Tun M kerana ketika itu kita memang mahu menewaskan Datuk Seri Najib (Razak) dan saya rasa beliau (Dr Mahathir) berterus terang beliau tidak ikhlas dan menggunakan kita (DAP) untuk mencapai objektif menumbangkan Najib,” katanya.

Katanya, beliau tidak mahu mengulas panjang mengenainya kerana DAP ketika itu memang membuat satu keputusan yang perlu bagi DAP dan PH.



“Kita membincangkan perkara ini dengan panjang lebar dengan parti dalam PH ketika itu dan Datuk Seri Anwar Ibrahim masih berada dalam penjara.

“Kita juga tanya pandangan beliau, malah ketika itu Anwar agak keberatan bekerjasama dengan Dr Mahathir dan beliau memberikan pesanan mengenai Tun M.

“Tetapi akhirnya beliau bersetuju kerana melihat ada keperluan strategi dan keperluan menggabungkan pengaruh dan kuasa untuk bersatu membawa kepada kerajaan baharu itu yang terbukti pada 2018,” katanya.

Beliau berkata, strategi itu membuahkan hasil dan buat kali pertama BN berjaya ditewaskan.



“Cuma apa yang berlaku selepas pembentukan kerajaan kita kesali kerana ia tidak mencapai objektif,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Mas Idayu nak pengsan tengok persembahan Shila Amzah dengan Syahir

Cek Mek Molek Aliff Aziz paling lengkap



Siti Nordiana gagal bawa watak ‘nakal’ Britney

Ramli MS terkejut Aliff Aziz ada jiwa ‘leman’

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker