‘Scammer’ perabot berleluasa tipu pengguna

Warga asing kuasai pasaran, pengusaha perabot rugi RM5 juta

‘Scammer’ perabot berleluasa tipu pengguna

Sejumlah 524 pengusaha perabot terutama dalam kalangan bumiputera berdepan kerugian kira-kira RM5.4 juta setahun akibat kewujudan ‘scammer’ kayu yang menipu pengguna dalam penjualan produk perkayuan dan perabot.

Lebih membimbangkan, lebih 1,000 pengusaha perabot dalam kalangan warga asing yang menguasai pasaran secara fizikal dan dalam talian yang menjual perabot dengan harga mahal tetapi berkualiti rendah.



Kebanyakan pengguna terpedaya dengan harga murah apabila mereka mendakwa perabot itu menggunakan produk perkayuan berkualiti tinggi tetapi tidak mampu bertahan lama.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Presiden Persatuan Pengusaha Kayu-Kayan dan Perabot Bumiputera Malaysia (Peka), Farosham Naizamohideen berkata, situasi itu berlaku apabila ketiadaan lesen dikenakan kepada pengusaha kedai perabot menyukarkan kes penipuan penjualan perabot kayu ini dapat dibanteras.

“Kerajaan perlu menguatkuasakan lesen di bawah agensi Lembaga Perindustrian Kayu (MTIB) bagi memudahkan pemantauan kegiatan penipuan penjualan perabot kayu ini.

“Pada masa ini, lesen perniagaan kedai perabot hanya tertakluk di bawah pihak berkuasa tempatan (PBT),” katanya di sini semalam.



Beliau menjelaskan, Peka sudah mengemukakan permohonan supaya MTIB mewujudkan lesen kedai perabot, namun, kekangan berlaku apabila akta MTIB hanya memfokuskan aspek produk perkayuan.

Sedangkan, katanya, kebanyakan produk perabot turut mengandungi material lain seperti besi.

Justeru, beliau berkata, Peka akan melihat kembali sama ada akta ini perlu dipinda atau ditambah baik untuk manfaat industri ini.

“Peka berharap kerajaan dapat menguatkuasakan lesen ini di bawah MTIB bagi memastikan hak pengusaha dan pengguna terbela.



“Isu ini perlu diberikan perhatian memandangkan kes penipuan perabot semakin berleluasa terutama menjelang musim perayaan,” katanya.

Mengulas lanjut, Farosham berkata, pihaknya mengambil serius dan amat kesal dengan tindakan mereka yang tidak bertanggungjawab dalam mengambil kesempatan khususnya pada musim perayaan.

Secara tidak langsung penipuan ini memberikan impak negatif kepada industri dan menyebabkan pengusaha menerima tekanan daripada pelanggan apabila harga ditawarkan scammer kayu ini adalah tidak munasabah.

Beliau turut memaklumkan, pihaknya ada menerima banyak aduan daripada pengusaha perabot di bawah Peka apabila turut berlaku gambar produk diguna pakai scammer bagi tujuan promosi dan iklan demi menyakinkan orang ramai di media sosial.



“Kebanyakan scammer bukan warga Malaysia. Jadi, Peka mahu satu tindakan tegas diambil pihak berkuasa untuk menangani isu ini bagi mengelak lebih ramai pembeli tertipu,” katanya.

Farosham berkata, pihaknya turut agresif memerangi isu scammer perabot berkenaan seperti mengadakan kempen kesedaran antaranya Product Spotlight yang memperkenalkan syarikat sah dan berdaftar di bawah persatuan.

“Untuk rekod setakat Oktober lalu, sebanyak 252 syarikat berdaftar di bawah Peka.

“Orang ramai dinasihatkan menyemak di laman sesawang www.pekaogrm.com terlebih dahulu bagi memastikan kesahihan syarikat atau pengusaha,” katanya.



Pada masa sama, Farosham turut meminta orang ramai supaya lebih peka dan tidak mudah terpedaya dengan tawaran tidak munasabah menerusi iklan dalam laman sosial.

“Penentuan harga biasanya bergantung kepada reka bentuk, bahan dan kualiti produk.

“Misalnya set sofa biasa anggaran harga dalam RM2,000 ke atas manakala jenis Chesterfield kira-kira RM3,000 ke atas.

“Jika pengguna rasa tertipu, mereka perlu berani tampil membuat laporan beserta bukti kepada pihak berkuasa bagi memudahkan mereka membuat siasatan,” katanya. Utusan



‘Scammer’ perabot berleluasa tipu pengguna

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Mas Idayu nak pengsan tengok persembahan Shila Amzah dengan Syahir

Cek Mek Molek Aliff Aziz paling lengkap

Siti Nordiana gagal bawa watak ‘nakal’ Britney

Ramli MS terkejut Aliff Aziz ada jiwa ‘leman’

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker