Mahathir jawab berdepan kenapa tak suka Khairy

Mahathir jawab berdepan kenapa tak suka Khairy

“Kenapa Tun tak suka saya?” Itu soalan bersahaja ditanya Khairy Jamaluddin terhadap bekas perdana menteri, Mahathir Mohamad dalam episod terbaru podcast Keluar Sekejap yang disiarkan hari ini.

Mahathir yang kelihatan sedikit tergamam bagaimanapun menjawab soalan itu dengan tenang dengan mengatakan ia disebabkan Khairy pernah bersaing dengan anaknya, Mukhriz.



“Pasal you bertanding dengan anak saya. Dan your mother-in-law kempen untuk you,” kata Mahathir, merujuk kepada Jeanne Abdullah, isteri bekas perdana menteri Abdullah Ahmad Badawi.

Jawapan Mahathir itu menyebabkan Khairy terkejut dan tertawa kecil.

“Mana ada Tun,” balas Khairy.

“Orang ceritalah,” jawab Mahathir sambil tersipu.



Mahathir tidak secara khusus merujuk kepada mana-mana pertandingan.

Namun Khairy pada Mac 2009, menewaskan Mukhriz dan bekas menteri besar Selangor Khir Toyo dalam pertarungan tiga penjuru untuk merebut jawatan ketua Pemuda Umno.

Abdullah sebulan kemudian meletak jawatan sebagai perdana menteri dan tempatnya digantikan oleh Najib Razak sebagai timbalan perdana menteri ketika itu.

Selepas itu, Najib tidak melantik Khairy sebagai anggota kabinet, sebaliknya menamakan Mukhriz sebagai timbalan menteri perdagangan dan industri antarabangsa.



Apabila Khairy bertanya kenapa Mahathir mempercayai kata-kata orang lain, bekas presiden Bersatu itu berkata:

“Let’s not discuss that lah. That is my belief (Jangan bincang perkara ni lagi. Itu apa yang saya percaya,” katanya.

Abdullah berkhidmat sebagai perdana menteri kelima dari 31 Okt 2003 hingga 2 April 2009, manakala Khairy sebagai menantunya juga pernah berkhidmat sebagai pembantunya, termasuk mempertahankan pentadbiran kerajaan ketika itu daripada kritikan Mahathir.

Dalam konflik berkenaan Khairy digelar oleh penyokong Mahathir sebagai ‘budak tingkat empat’.



Mengimbas kembali tahun-tahun di mana Abdullah memegang jawatan sebagai perdana menteri, Khairy menyifatkan pergeseran itu sebagai perbezaan pendapat berhubung dasar kerajaan seperti projek jambatan bengkok Singapura-Malaysia dan penjualan syarikat motosikal milik Malaysia MV Agusta.

“Dalam membela Pak Lah, Tun pun tahu Pak Lah ada dementia dia pun tak ingat apa-apa,” kata Khairy.

Mahathir cuba menjelaskan mengapa dia kecewa dengan “janji yang dimungkiri Abdullah tetapi Khairy menamatkan perbualan mengenai isu itu dengan menyatakan mereka bersetuju untuk tidak bersetuju dalam perkara tertentu antara kedua-dua pemimpin berkenaan. Mk

Mahathir jawab berdepan kenapa tak suka Khairy



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Mas Idayu nak pengsan tengok persembahan Shila Amzah dengan Syahir



Cek Mek Molek Aliff Aziz paling lengkap

Siti Nordiana gagal bawa watak ‘nakal’ Britney

Ramli MS terkejut Aliff Aziz ada jiwa ‘leman’

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker