Zionis buat kesihatan mental kanak-kanak Gaza kritikal

Zionis buat kesihatan mental kanak-kanak Gaza kritikal

RAMALLAH: Serangan tanpa henti rejim Israel di Semenanjung Gaza memburukkan lagi krisis kesihatan mental kanak-kanak, apabila tiada lagi perkhidmatan kesihatan mental, menurut organisasi bukan kerajaan ‘Save the Children’.

“Israel terus membedil ribuan kawasan awam di Gaza sejak sebulan lalu, termasuk sekolah dan hospital yang telah menjejaskan kesihatan mental kanak-kanak,” menurut organisasi itu.



Sejak lebih sebulan lalu, 4,008 kanak-kanak terbunuh, manakala 1,270 kanak-kanak lain hilang, dipercayai terperangkap di bawah runtuhan.

Menurut Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA), infrastruktur awam terjejas termasuk 253 kemudahan pendidikan, 101 kemudahan kesihatan, 58 tempat ibadat, tiga kem pelarian dan lebih 40,000 unit kediaman.

Pakar perubatan di Gaza termasuk ‘Medecins Sans Frontiers/Doctors without Borders’ menjelaskan kanak-kanak yang kehilangan anggota keluarga yang sedang dirawat semakin ramai dan mereka ini diletakkan di bawah kategori “WCNSF” (Wounded Child No Surviving Family), menurut kenyataan itu.

Dalam pada itu, pakar kesihatan mental ‘Save the Children’ memberi amaran konflik di Gaza mendedahkan kanak-kanak kepada trauma.



“Tiada tempat selamat, tiada lagi jaminan keselamatan dengan ribuan orang hilang tempat tinggal.

“Kanak-kanak menghadapi pelbagai gejala trauma, termasuk kebimbangan, ketakutan, bimbangkan orang yang mereka kasihi, mimpi ngeri, insomnia dan memencilkan diri,” menurut kenyataan itu.

Laporan yang diterbitkan oleh ‘Save the Children’ pada Jun 2022 menunjukkan kesihatan mental kanak-kanak sudah mencapai tahap kritikal.

Sebanyak 80 peratus kanak-kanak dilaporkan sering berada dalam ketakutan, kebimbangan dan kesedihan. Utusan



Zionis buat kesihatan mental kanak-kanak Gaza kritikal

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Mas Idayu nak pengsan tengok persembahan Shila Amzah dengan Syahir



Cek Mek Molek Aliff Aziz paling lengkap

Siti Nordiana gagal bawa watak ‘nakal’ Britney



Ramli MS terkejut Aliff Aziz ada jiwa ‘leman’



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker