PN minta Mahathir berhenti merungut PN menang di Langkawi sebab rasuah

PN minta Mahathir berhenti merungut PN menang di Langkawi sebab rasuah

Seorang pemimpin Perikatan Nasional (PN) Kedah menasihatkan Dr Mahathir Mohamad supaya tidak lagi “mendendangkan” dakwaan kekalahannya di Parlimen Langkawi pada PRU15 kerana pemberian wang tunai RM100 kepada pengundi.

Ketua Penerangannya Khairul Anuar Ramli turut menggesa bekas perdana menteri itu fokus tugas penasihat tidak rasmi empat negeri PAS, atau dikenali “state-government 4” (SG4), pengiktirafan diberikan selepas beliau menyokong PN menjelang PRN Ogos lalu.



Menurut Khairul, Mahathir harus menghentikan naratif kekalahannya disebabkan unsur rasuah yang terus diulangi walaupun telah dijawab PN, terbaru pada podcast Keluar Sekejap kendalian dua mantan pemimpin Umno Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan, disiarkan Isnin lalu.

Mahathir mendakwa kekalahannya kepada calon PN Suhaimi Abdullah kerana sikap rakyat yang lebih gemar menerima bantuan dalam bentuk wang ringgit iaitu sekitar RM100, di sebalik pelbagai usahanya sepanjang bergelar wakil rakyat.

“Saya rasa komen Mahathir kurang tepat, yang beliau berlawan adalah daripada PN, kelompok menentang salah guna kuasa atau penyelewengan.

“Mungkin beliau dapat maklumat kurang tepat daripada kenyataan yang dia buat. Kalau kita tengok Ahli Parlimen sekarang Mohd Suhaimi Abdullah tiada tuduhan atau siasatan SPRM terhadap dia, jadi tuduhan itu kurang tepat,” kata Khairul kepada FMT.



Beliau menggesa Mahathir melupakan kekalahannya kepada Suhaimi dan menumpukan agenda besar untuk mengangkat ekonomi empat negeri bawah SG4 iaitu Kedah, Perlis, Kelantan, dan Terengganu.

“Terutama bawa pelaburan, kecekapan pemerintahan, dan tiada ketirisan,” katanya.

Julai lalu, Suhaimi menafikan terbabit dengan rasuah pengundi bagi menjawab dakwaan Mahathir ketika itu dan memintanya menerima kekalahan. FMT

PN minta Mahathir berhenti merungut PN menang di Langkawi sebab rasuah



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Siti Nordiana guna bomoh dalam GV?



Mahathir jawab berdepan kenapa tak suka Khairy

Suhaimi Saad ditidurkan di ICU



Bogel di surau , pasangan dipenjara

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker