Nazir Razak nikah lagi

Nazir Razak nikah lagi

Adik kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Mohamed Nazir Tun Abdul Razak mencuri perhatian netizen hari ini selepas tular sekeping gambar yang memperlihatkan beliau mengenakan busana pengantin serba putih untuk majlis pernikahan dengan wanita pilihan hatinya, Yati Zainuddin.

Gambar tular yang dikongsi anak bongsu Najib, Norashman, memperlihatkan bekas Pengerusi CIMB Bhd (CIMB) itu menyarung cincin kepada pasangannya.



“Congrats Uncle Jay @nazir.razak,” katanya menerusi Instragam Storynya di sini, pada Jumaat.

Yati merupakan seorang ahli perniagaan dan pengasas bersama kosmetik, Bluemolly.

Majlis pernikahan yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka di ibu negara itu turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Capital A Bhd, Tan Sri Tony Fernandes di media sosial beliau.

Tony memuat naik beberapa keping foto memberi bayangan dengan kapsyen yang mengundang spekulasi, dan ia dibalas Nazir.



“Getting ready to look beautiful for my bestie for his big day,” kata Tony.

“Thank you bro. Our love for you isn’t dependent on how you look, in case you didn’t know that,” balas Nazir.

Astro AWANI difahamkan satu majlis resepsi akan diadakan di sebuah hotel di ibu negara, malam ini (Jumaat).

Nazir pernah mendirikan rumah tangga dengan Puan Sri Datin Sri Datuk Azlina Aziz dan dikurniakan dua orang cahaya mata. Pasangan ini dilaporkan bercerai pada tahun ini. Awani



Nazir Razak nikah lagi

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Siti Nordiana guna bomoh dalam GV?



Mahathir jawab berdepan kenapa tak suka Khairy

Suhaimi Saad ditidurkan di ICU



Bogel di surau , pasangan dipenjara



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker