MB Perlis langgar arahan Muhyiddin – Ketua Bersatu Perlis

MB Perlis didakwa tolak syor Muhyiddin lantik ketua Bersatu jadi exco

MB Perlis didakwa tolak syor Muhyiddin lantik ketua Bersatu jadi exco

Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli didakwa membelakangkan syor Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin supaya melantik Ketua Bersatu Perlis Abu Bakar Hamzah sebagai salah seorang exco kerajaan negeri.

Abu Bakar berkata Muhyiddin yang juga presiden Bersatu telah mengutuskan surat menamakannya sebagai salah seorang Adun parti itu untuk mengangkat sumpah ke jawatan di Istana Arau hari ini.



“Saya rasa ini tidak harus berlaku kerana melanggar arahan presiden Bersatu supaya perkara ini (pelantikan Exco) dapat dibincangkan,” katanya menurut Utusan Malaysia selepas menghadiri Majlis Angkat Sumpah Exco di Istana Arau, Perlis.

Di bawah pentadbiran Shukri, semua exco Perlis dilantik selama setahun bagi melihat pencapaian mereka dan sesiapa sahaja akan ditukar dalam usaha meningkatkan prestasi kerajaan.

Pada majlis angkat sumpah hari ini, empat Adun PAS dan tiga Adun Bersatu mengangkat sumpah sebagai exco.

Mengulas lanjut, Abu Bakar berkata semakannya juga mendapati tidak wujud unsur “penolakan pihak Istana” terhadap cadangan pelantikannya sebagai exco kerajaan Perlis seperti dimaklumkan kepadanya.



“Hasil rujukan saya tak pernah langsung pihak Istana terlibat untuk menyebelahi mana-mana pihak dan tindakan itu adalah tidak wajar,” kata Abu Bakar yang juga Adun Kuala Perlis.

Sementara itu, Utusan Malaysia turut melaporkan Shukri enggan melayan kenyataan Abu Bakar dan akan bertemu Muhyiddin untuk membincangkan perkara itu.

“Setakat ini, dalam PN pun semua ahli jawatankuasa masih lagi boleh kerjasama khususnya wakil rakyat sedia ada, cumanya berlaku sedikit kontroversi dengan beberapa pihak,” katanya.

Abu Hamzah sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi apabila mendedahkan berlaku ‘pergolakan dalaman’ dalam PAS di Perlis membabitkan isu kefahaman agama, susun atur gerak kerja dan pentadbiran negeri.



Kenyataan itu menyusul peringatan Presiden PAS Hadi Awang, Ahad lalu supaya ahli parti tidak menjadi “penebuk kapal” untuk menjatuhkan kerajaan diperintahnya. FMT

MB Perlis langgar arahan Muhyiddin – Ketua Bersatu Perlis

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Siti Nordiana guna bomoh dalam GV?

Mahathir jawab berdepan kenapa tak suka Khairy



Suhaimi Saad ditidurkan di ICU

Bogel di surau , pasangan dipenjara



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker