Fizi Ali mengamuk ada yang DM isteri cuba ganggu

Fizi Ali mengamuk ada yang DM isteri cuba ganggu

PENYAMPAI radio Hot FM, Fizi Ali berang apabila ada individu yang sengaja mengganggu ketenteraman isterinya, Siti Zulaikha di Instagram (IG).

Menerusi tangkapan layar yang dimuat naik di Instagram Story, Fizi mendedahkan mesej peringatan daripada individu yang sengaja bercakap buruk tentang dia kepada isterinya.



Individu itu meninggalkan komen di hantaran Fizi sedang mencuci pakaian di premis dobi layan diri namun apa yang mencuri perhatian netizen apabila dia tidak membenarkan isterinya turun dari kenderaan kerana keadaan yang tidak sihat.

“Selalunya benda ini, awal-awal perkahwinan saja kak (panggilan diri). Tiga hingga lima tahun dia akan tunjuk perangai sebenar. No hard feelings. Tetapi begitu la kehidupan,” ujar individu itu.

Menurut Fizi, tindakan individu itu seolah ingin ‘menggoyahkan’ keharmonian rumah tangganya.

Dalam pada itu, ujar pengacara berusia 34 tahun itu, individu tersebut boleh menghubunginya secara terus untuk meluahkan rasa kurang senangnya.



“Awak DM isteri saya kemudian awak bagi kata-kata macam ini dekat dia? Ada masalah DM saya.

“Tak perlu nak buruk-burukkan saya dekat isteri saya. Niat awak untuk apa? Pisahkan kami ke?,” soalnya.

Terdahulu, Fizi meluahkan rasa kesal selepas tidak dapat bertemu dengan anak tunggalnya, Ameena Sofia pada hari graduasi prasekolah yang berlangsung di Cyberjaya, pada Sabtu.

Susulan itu, Fizi nekad menyerahkan kepada peguam untuk mengambil tindakan undang-undang di mahkamah syariah.



Untuk info, Fizi pernah bernikah dengan pelakon, Shakilla Khoriri pada 18 Januari 2018 dan sah bercerai pada Disember 2021.

Namun, pada 23 Oktober lalu Fizi selamat mendirikan rumah tangga kali kedua dengan wanita pilihan hati, Siti Zulaikha. Utv

Fizi Ali mengamuk ada yang DM isteri cuba ganggu

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Siti Nordiana guna bomoh dalam GV?

Mahathir jawab berdepan kenapa tak suka Khairy



Suhaimi Saad ditidurkan di ICU

Bogel di surau , pasangan dipenjara



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker