Rampas Anna daripada Meerqeen, ini jawab Amir Ahnaf

Rampas Anna daripada Meerqeen, ini jawab Amir Ahnaf

Pelakon meningkat naik Amir Ahnaf menafikan mempunyai hubungan istimewa dengan aktres Anna Jobling seperti yang didakwa segelintir peminat dalam media sosial sejak akhir-akhir ini.

Kata pemilik nama penuh Muhammad Amir Ahnaf Mohd Khairudin itu, dia juga tidak terlepas daripada menerima tuduhan merampas Anna daripada Meerqeen yang sebelum ini didakwa mempunyai hubungan istimewa.



“Saya sangat suka kerja dengan Anna, dia pelakon yang bagus dan dapat merasakan keserasian ketika pertama kali bertemu.

“Namun, ada pula yang cakap saya nak rampas Anna daripada Meerqeen.

“Apa yang saya nak tegaskan, tiada istilah rampas sesiapa, saya cuma bekerja untuk watak sebagai Farid dalam drama Syurga Itu Bukan Mudah Sahaja,” katanya kepada HibGlam selepas tayangan perdana drama Gamers Mangkuk di sini, semalam.

Tegas Amir, 23, hubungannya dengan Anna hanyalah sekadar rakan seindustri dan pasangan dalam drama lakonan mereka sahaja.
Jejaka yang digilai menerusi drama Projek: High Council itu juga memberitahu Meerqeen turut meninggalkan pesanan agar memberikan persembahan terbaik untuk drama tersebut.



“Meerqeen juga turut memberi sokongan dan pesan kepada saya agar buat sehabis baik untuk drama ini.

“Hubungan kami bertiga (Anna dan Meerqeen) okey sahaja dan yang mengapi-apikan isu (perampas) itu adalah segelintir peminat kami bertiga,” tuturnya.

Ditanya mengenai tindakannya menegur seorang individu dalam siaran langsung TikToknya baru-baru ini, dia perlu melakukan perkara tersebut bagi mempertahankan maruah Anna.

Jelasnya, individu tersebut bersifat biadab dan menghina arwah bapa pemilik nama penuh Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman itu.



“Individu tersebut ‘menganjing’ mengenai nama arwa bapa Anna yang baru sahaja meninggal dunia pada September lalu.

“Saya tidak suka individu kurang ajar terutama apabila masuk dalam siaran langsung TikTok saya.

“Individu itu perlu ditegur dan saya rasa itu tanggungjawab saya,” katanya lagi.

Terdahulu, tular sebuah video memaparkan Amir berang dan ‘menyekolahkan’ seorang netizen yang dikatakan menghina bapa Anna ketika dia sedang membuat siaran langsung TikTok.



Tindakannya itu meraih pelbagai respons malah ada yang mendakwa dia mempunyai hubungan istimewa dengan Anna. K Online

Rampas Anna daripada Meerqeen, ini jawab Amir Ahnaf

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Siti Nordiana guna bomoh dalam GV?

Mahathir jawab berdepan kenapa tak suka Khairy



Suhaimi Saad ditidurkan di ICU

Bogel di surau , pasangan dipenjara

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker