PAS calonkan MB Terengganu kerana gentar calon BN

PAS calonkan MB Terengganu kerana gentar calon BN

Umno mendakwa PAS memilih Menteri Besar Terengganu Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai calon PRK Kemaman pada saat akhir kerana “gentar” dengan bekas panglima tentera Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor ditampilkan Barisan Nasional (BN).

Menurut Ketua Umno Terengganu Ahmad Said, difahamkan PAS pada mulanya mahu meletakkan penyandang sebelum ini Che Alias Hamid yang kemenangannya pada PRU15 dibatalkan Mahkamah Pilihan Raya selepas mendapati wujud unsur rasuah ketika kempen.



“Asalnya keputusan dia orang lain, lepas itu pindalah bila dengar (calon BN) bekas jeneral,” kata pengarah jentera pilihan raya Umno bagi PRK Kemaman itu kepada FMT.

“Bukan rasanya takut, memang takutlah…memang nampak sebab itu tukar calon MB (Samsuri) yang bertanding.”

PAS malam tadi mengumumkan Samsuri yang juga naib presiden parti itu sebagai calonnya dalam misi mempertahankan Parlimen Kemaman.

Pada PRU15, Che Alias menang dengan majoriti 27,179 undi dalam pertembungan empat penjuru yang turut membabitkan Ahmad yang juga bekas menteri besar Terengganu.



Dalam pada itu, Ahmad turut mempersoalkan kemampuan Samsuri untuk menjaga Parlimen Kemaman, selain tugasnya sebagai menteri besar dan juga Adun Rhu Rendang.

“Ada masa ke nak jaga rakyat? Sekarang ini jadi menteri besar, Rhu Rendang pun tak melawat, sekarang nak jaga Kemaman pula. Ingat senang ke MB nak jaga kawasan luas?,” soalnya.

Beliau yang juga bekas Adun Kijal berkata di sebalik calon ‘heavyweight’ diletakkan PAS itu, BN yakin Raja Mohamed Affandi mampu mencipta kejutan.

“Beliau orang Kemaman dan sekolah di sini. Sekarang pun kita dah turun ke lapangan jumpa pengundi-pengundi.”



Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK Kemaman pada 2 Dis dengan esok ditetapkan sebagai hari penamaan calon. FMT

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Siti Nordiana guna bomoh dalam GV?



Mahathir jawab berdepan kenapa tak suka Khairy

Suhaimi Saad ditidurkan di ICU



Bogel di surau , pasangan dipenjara

PAS calonkan MB Terengganu kerana gentar calon BN



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker