Peguam Negara sangkal KJ, GEG boleh dicabar di mahkamah

KUALA LUMPUR: Jabatan Peguam Negara memberi pandangan secara konsisten sejak 2022 peruntukan dalam Rang Undang-undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam atau dikenali sebagai generasi penamat (GEG) boleh dicabar di mahkamah.

Dalam kenyataan, jabatan itu memaklumkan peruntukan berkenaan bercanggah dengan Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan.

“…peruntukan itu mewujudkan layanan undang-undang yang tidak sama antara seseorang yang dilahirkan sebelum 1 Jan 2007 dan seseorang yang dilahirkan pada dan selepas 1 Jan 2007,” katanya.



Jabatan Peguam Negara merujuk kenyataan bekas menteri kesihatan Khairy Jamaluddin yang disiarkan dalam portal badan pemerhati kesihatan CodeBlue pada 14 Nov dan portal akhbar berbahasa Inggeris New Straits Times pada 16 Nov lalu.

Khairy mendakwa Jabatan Peguam Negara memberikan keizinan kepada RUU itu ketika dibawa ke Parlimen tahun lalu sebelum membuat keputusan mendadak untuk menggugurkannya.

Beliau mendakwa, tindakan menggugurkan RUU itu dilakukan susulan tekanan politik berbanding kebimbangan terhadap kesahihannya dari segi perlembagaan.

GEG bertujuan mengharamkan penggunaan, pembelian dan penjualan rokok serta produk vape kepada individu lahir selepas 2007.



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rampas Anna daripada Meerqeen, ini jawab Amir Ahnaf



Imam Turkiye ditangkap di Mekah sebab sebut tentang Gaza & Palestin

Jalan ‘glow in the dark’ pertama di Malaysia



A letter to Sarawakian Christian Zionists: The evangelicals will not save us



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker