FD3: Syarif dan Syaiful juara minggu ke enam

FD3: Syarif dan Syaiful juara minggu ke enam.

Pasangan duo, Sharif dan Syaiful, sekali lagi mendominasi selepas diumumkan sebagai juara minggu ke enam, Famili Duo musim ke-3 (FD3) yang berlangsung malam tadi.

Pasangan adik beradik itu merangkul kedudukan pertama dengan markah keseluruhan sebanyak 71.3 peratus sekaligus layak membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM10,000.



Kejuaraan itu turut menyaksikan penguasaan mereka terhadap kedudukan teratas buat kali ketiga selepas unggul di tangga pertama pada minggu pertama dan kelima.

Suami isteri, Tom dan Fuad pula selesa di kedudukan kedua dengan memperoleh markah sebanyak 62.9 peratus.

Sementara duo adik beradik Adira dan Emma Suhaimi dalam pada itu berpuas hati di kedudukan ketiga dengan markah 62.8 peratus.

Konsert minggu kelapan menjadi penentu dengan menyaksikan salah satu pasangan duo bakal tersingkir.



FD3 menampilkan juri tetap Mas Idayu dan Ajai manakala dikendalikan pengacara, Janna Nick dan Izzue Islam. Utusan

FD3: Syarif dan Syaiful juara minggu ke enam.

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Rampas Anna daripada Meerqeen, ini jawab Amir Ahnaf

Imam Turkiye ditangkap di Mekah sebab sebut tentang Gaza & Palestin



Jalan ‘glow in the dark’ pertama di Malaysia

A letter to Sarawakian Christian Zionists: The evangelicals will not save us



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker