Kesihatan Zahid Hamidi terjejas? Nurul jawab kepada mereka ‘yg terpaling tahu’

Anak sulung Timbalan Perdana Menteri, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid mengesahkan bapanya dalam keadaan sihat selepas menjalani satu prosedur pembedahan yang diadakan Khamis lalu.

Dalam satu muatnaik di Instagram, Nurulhidayah yang lebih mesra disapa sebagai Kak Long, berkata beliau sangat menghargai segala keprihatinan dan doa daripada orang ramai mengenai kesihatan bapanya yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Katanya, pembedahan itu sepatutnya berlangsung lebih awal namun terpaksa ditunda kerana kekangan masa dan jadual padat Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah itu.



“Saya mengambil maklum berita kesihatan abah saya yang tular di sosial media, secara peribadi dan rendah diri, saya menghargai keprihatinan dan doa daripada posting, komen dan tidak kurang juga daripada mereka ‘yg terpaling tahu’.

“Alhamdulillah abah saya sihat setelah menjalani satu prosedur pembedahan pada hari Khamis, ia seharusnya dilakukan lebih awal lagi, kerana kekangan masa dan jadual yang padat. Begitulah abah. Kepentingan orang lain melebihi kepentingan diri sendiri.

“Bagi kami sekeluarga, inilah masa yang sebaiknya kami gunakan untuk bersama menyantuni abah, menjadi sumber semangat abah untuk kembali pulih dan sihat agar dapat meneruskan khidmat kepada negara,” katanya

 



Dalam perkongsian itu, Nurulhidayah turut berkongsi sekeping gambarnya yang sedang menemani Ahmad Zahid bersarapan.

Semalam, Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard dalam Facebooknya memaklumkan menerima perkhabaran bahawa Ahmad Zahid melakukan pembedahan membuang ketumbuhan disyaki kanser prostat.

Dia yang juga Ahli Jawatankuasa Penerangan BERSATU itu berkata, walaupun menjadi seteru dalam politik namun ketika seseorang itu ditimpa sakit atau musibah seharusnya mendoakan yang terbaik kepada individu berkenaan tidak kiralah ia adalah seorang kawan atau pun lawan.



Dalam pada itu Nurulhidayah berkata, bapanya mempunyai semangat juang yang tinggi namun sering lupa bahawa dirinya memerlukan gaya hidup sihat bagi meneruskan kerjaya politiknya.

“Semoga segala pengorbanan dan perkhidmatan abah kepada agama, masyarakat dan negara keseluruhannya selama ini, Allah gantikan dengan pahala yang berlipat ganda, ke syurga tanpa hisab serta ditempatkan di syurga yg tertinggi,” katanya.

Nurulhidayah dalam pada itu turut mengingatkan orang ramai supaya tidak memainkan berita mengenai sakit atau matinya seseorang itu.

“Jangan suka-suka mendoakan yang tidak baik. Berita yang tak pasti dan tak sahih jangan kongsi. Apa sahaja doa yang baik atau tidak itu akan kembali kepada kita.



“Semoga Allah menjauhi kita dan keluarga kita dari sakit yang memudaratkan serta terus melindungi kita semua dunia akhirat,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Rampas Anna daripada Meerqeen, ini jawab Amir Ahnaf

Imam Turkiye ditangkap di Mekah sebab sebut tentang Gaza & Palestin



Jalan ‘glow in the dark’ pertama di Malaysia

A letter to Sarawakian Christian Zionists: The evangelicals will not save us

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker