PAS tegur Muhyiddin, jangan bangkit isu remeh

PAS tegur Muhyiddin, jangan bangkit isu remeh

Seorang pemimpin PAS menegur sekutunya, Bersatu tidak membangkitkan isu remeh susulan kenyataan Muhyiddin Yassin mendakwa sokongan terhadap parti itu sudah “tepu” sebelum bergabung bawah Perikatan Nasional (PN).

Mursyidul Am Hashim Jasin berkata, kejayaan PN menakluk empat negeri serta meluaskan pengaruhnya di Selangor kerana kekuatan setiap parti, bukan menunjukkan “ada parti yang lebih kuat”.



Beliau mengakui sebelum ini PAS menjalinkan kerjasama dengan DAP dan PKR bawah Pakatan Rakyat dengan pencapaiannya tidak sehebat pada PRU15 dan PRN.

“Kebetulan dengan Bersatu kita berjaya…itu bukan menunjukkan ada parti yang kuat (atau sebaliknya) dan bagi saya tak sepatutnya dibangkitkan. Kita buat sama-sama itu yang Allah bagi kejayaan.

“Saya harap Bersatu bangkitlah perkara lain bukan perkara remeh-temeh antara parti kita ni…Bersatu dan PAS. Benda tu kita selesai cara senyap,” katanya.

Muhyiddin berkata PAS yang bergerak solo tidak merekodkan jumlah kemenangan majoriti besar dinikmati kini selain menang empat negeri dan hampir menawan Selangor, mengambil contoh situasi sebelum PRU November lalu.



Untuk rekod, PAS menang 43 kerusi Parlimen pada PRU15 – pencapaian terbaiknya sejak menyertai pilihan raya yang dilabel ramai sebagai “gelombang hijau” kerana penguasaan terutama di kerusi majoriti pengundi Melayu dan Islam.

PAS juga mengekalkan pentadbiran di Kedah, Kelantan dan Terengganu selain merampas Perlis yang sekian lama menjadi kubu kuat Barisan Nasional (BN).

Hashim bagaimanapun mengakui, kerjasama politik dengan Bersatu mempunyai kelebihan, berbanding rakan sekutunya sebelum ini antaranya DAP namun tidak mahu perkara itu dibangkitkan kerana khuatir “tujuannya” kurang elok.

“Jadi lebih baik kita tumpu kerja kita. Nilailah diri masing-masing. Kita kena ingat musuh Bersatu bukan PAS, musuh PAS bukan Bersatu. Ada musuh lain yang lagi besar misalnya DAP,” katanya. FMT



PAS tegur Muhyiddin, jangan bangkit isu remeh

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rampas Anna daripada Meerqeen, ini jawab Amir Ahnaf



Imam Turkiye ditangkap di Mekah sebab sebut tentang Gaza & Palestin

Jalan ‘glow in the dark’ pertama di Malaysia



A letter to Sarawakian Christian Zionists: The evangelicals will not save us



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker