Bahan letupan tercicir, orang awam diminta beri maklumat

Bahan letupan tercicir, orang awam diminta beri maklumat

Sebuah kotak berisi bahan letupan dipercayai tercicir dari sebuah kenderaan dipandu seorang lelaki, kata Ketua Polis Kuala Langat Ahmad Ridhwan Mohd Nor@Saleh.

Beliau berkata, pihaknya menerima laporan pada 10.28 malam Selasa lalu daripada lelaki berusia 28 tahun itu yang mengesyaki bahan letupan terbabit tercicir ketika dalam perjalanan untuk dihantar ke kuari di kawasan Puchong.



“Semasa pengadu dan rakannya berada di jalan Sistem Lingkaran Lebuhraya Kajang, pengadu perasan terdapat kenderaan dari belakang memberi lampu isyarat yang mengatakan bonet Nissan Navara dinaiki mereka terbuka,” katanya.

Ridhwan berkata, pengadu kemudian memberhentikan kenderaan dan menutup semula bonet itu tanpa mengesyaki ada barang tercicir kerana keadaan lalu lintas agak sibuk serta berbahaya.

“Pada 8.25 pagi, pengadu bersama rakannya telah sampai ke lokasi dan semasa menurunkan barang, pengadu mendapati sekotak bahan letupan jenis ‘cast booster 400GMS’ berkurangan dan memeriksa jalan yang dilalui tetapi tidak menjumpai kotak tersebut,” katanya.

Katanya, kes disiasat bawah Seksyen 286 Kanun Keseksaan kerana kelakuan cuai membabitkan bahan letupan dan orang awam yang mempunyai maklumat atau menjumpai bahan terbabit diminta ke balai polis berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat Zulfadzly di talian 016 4123834. FMT



Bahan letupan tercicir, orang awam diminta beri maklumat

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rampas Anna daripada Meerqeen, ini jawab Amir Ahnaf



Imam Turkiye ditangkap di Mekah sebab sebut tentang Gaza & Palestin

Jalan ‘glow in the dark’ pertama di Malaysia



A letter to Sarawakian Christian Zionists: The evangelicals will not save us



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker