Coldplay menyokong perjuangan Palestin

Coldplay menyokong perjuangan Palestin

Datuk Seri Anwar Ibrahim akan berbincang dengan mufti Wilayah Persekutuan berhubung penganjuran Konsert Coldplay: Music Of The Spheres World Tour In Kuala Lumpur yang kini didesak untuk dibatalkan oleh pelbagai pihak.

Perdana Menteri berkata, terdapat pertikaian berhubung kewajaran konsert tersebut tidak diteruskan kerana Coldplay dikatakan antara kumpulan yang menyokong Palestin susulan serangan oleh rejim zionis Israel.



Katanya, sekiranya terdapat isu-isu lain melibatkan kumpulan penyanyi antarabangsa itu, beliau juga akan membincangkan hal tersebut dengan mufti.

Bagaimanapun, beliau tidak memperincikan garis masa perbincangannya mengenai konsert berkenaan.

“Coldplay ini antara kumpulan yang menyokong Palestin, jadi ada masalah sikit (mengapa harus dibatalkan). Kerajaan lalu telah luluskan juga. Jadi, saya akan bincang dengan mufti apakah keadaan ini.

“Kerana ada pelobi gerakan dari Palestin yang menyokong dan memberi pandangan kepada Menteri Luar dan pejabat saya yang menyuarakan mengapa dihalang kumpulan yang menyokong perjuangan Palestin daripada meneruskan persembahan?



“Tetapi, kalau perkara ini dibangkitkan kerana ada beberapa isu lain yang kita tidak setuju itu akan saya bincang semula,” katanya semasa sesi pertanyaan-pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat hari ini. Utusan

Coldplay menyokong perjuangan Palestin

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



FD3: ‘Wahab’ jadi usikan Mas Idayu

GV10: Liza Hanim dapat ‘5M’ daripada Hetty Koes Endang



FD3: Syarif dan Syaiful juara minggu ke enam

GV10: Noryn Aziz tersingkir



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker