Bergegas ke konvo terima sarjana selepas kebumi jenazah ayah

Bergegas ke konvo terima sarjana selepas kebumi jenazah ayah

SINTOK: Kurang 24 jam sebelum menaiki pentas menerima ijazah, Muhammad Firdaus Othman, 37, menempuh detik sukar apabila kehilangan bapa tercinta.

Othman Karim, 70, bapa graduan Sarjana Pengajian Perniagaan Islam Universiti Utara Malaysia (UUM) itu meninggal dunia akibat strok di Hospital Kangar, Perlis pada jam 1 pagi semalam dan selamat dikebumikan di Simpang Empat, Perlis pada hari sama.



Meskipun baru kehilangan bapa sebelum hari bersejarah itu, Muhammad Firdaus tetap hadir menerima skrol sebagai bukti kejayaan menamatkan pengajian peringkat sarjana.

Katanya, dia ingin meneruskan semangat dan menyambung cita-cita arwah bapa untuk menjadi pendidik profesional.

“Arwah sangat gembira bila tahu saya sambung pengajian di UUM, malah sanggup membayar yuran pengajian saya pada semester pertama. Sesungguhnya, saya amat bersyukur memiliki ibu bapa yang sangat mementingkan ilmu dan adab.

“Arwah bekas pensyarah, manakala ibu saya, Bderiah Wahab, 70, pesara guru sekolah rendah. Saya melihat kedua-dua ibu bapa saya berjaya mendidik anak-anak sehingga berjaya ke menara gading dan ada antaranya turut memiliki ijazah sarjana dalam pelbagai disiplin,” kata.



Anak keempat daripada enam beradik ini yang bekerja sebagai penolong pengurus sebuah bank di Petaling Jaya, Selangor, kini sedang melanjutkan pengajian peringkat doktor falsafah (PhD), juga di UUM.

Bapa tiga cahaya mata itu menerima ijazah sarjana disampaikan oleh Tunku Mahkota Kedah, Tunku Shazuddin Ariff Sultan Sallehuddin yang juga Pro Canselor UUM pada sesi ketiga, semalam.

Seramai 5,738 graduan UUM menerima ijazah pada konvokesyen kali ini yang bermula kelmarin, membabitkan 4,333 graduan sarjana muda; 1,387 graduan pascasiswazah terdiri PhD, doktor pengurusan, doktor pentadbiran perniagaan, sarjana dan diploma pascasiswazah serta 18 graduan diploma eksekutif. BH

Bergegas ke konvo terima sarjana selepas kebumi jenazah ayah



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

FD3: ‘Wahab’ jadi usikan Mas Idayu



GV10: Liza Hanim dapat ‘5M’ daripada Hetty Koes Endang

FD3: Syarif dan Syaiful juara minggu ke enam



GV10: Noryn Aziz tersingkir

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker