Israel reka cerita tentang Hamas demi raih perhatian dunia

Israel reka cerita tentang Hamas demi raih perhatian dunia

Sudah lebih lima hari sejak tentera Israel memadam hantaran video dalam media sosial mengenai dakwaan Hospital Al-Shifa digunakan oleh kumpulan pejuang Hamas sebagai kubu sebelum premis perubatan itu ditawan.

Tentera Zionis memadam hantaran itu pada Rabu lalu dan menggantikannya dengan hantaran video yang lebih pendek dan sudah pasti sudah disunting, selain tiada sebarang penjelasan kenapa hantaran asal dipadam.



“Kami akan melakukan rakaman video pada masa kejadian, tiada sebarang suntingan dan akan tunjukkan semua bukti yang kami jumpa di bangunan hospital ini,” kata jurucakap tentera Israel, Jonathan Conricus dalam kedua-dua hantaran tersebut.

Dalam video itu, Conricus menunjukkan kononnya ‘kesan kehadiran’ pejuang Hamas di Hospital Al-Shifa dan antara ‘bukti’ yang dipaparkan termasuk senjata.

Sejumlah beg plastik yang tentera Israel sifatkan ‘mengandungi peralatan Hospital’ turut ditunjukkan dalam video tersebut.

Namun, analisis teliti mengenai kandungan dalam beg plastik itu sebenarnya adalah krim ubatan dan kain balutan.



Selain itu, siaran televisyen yang disiarkan oleh BBC dan Fox News mendedahkan lagi kepincangan dan penipuan tentera Israel.

Wartawan kedua-dua agensi media itu dibawa ke bilik MRI dan diberitahu di situ ‘terdapat kesan kehadiran pejuang Hamas’.

Dalam video mereka, terdapat dua raifal AK-46, namun dalam video baharu, hanya ada satu raifal berkenaan.

BBC pula memaklumkan, wartawan mereka hanya dibenarkan masuk ke bilik tersebut beberapa jam selepas tentera Israel merakam video.



Dalam pada itu, tentera Israel menafikan dakwaan mereka memanipulasikan keadaan di hospital tersebut walaupun seluruh dunia mengetahui mereka menipu.

“Di beberapa kawasan, bahan letupan perlu dialihkan bagi memastikan situasi selamat, kemudian kami akan periksa senjata itu sebelum paparkan kepada antarabangsa,” kata tentera Israel. Utusan

Israel reka cerita tentang Hamas demi raih perhatian dunia

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

FD3: ‘Wahab’ jadi usikan Mas Idayu

GV10: Liza Hanim dapat ‘5M’ daripada Hetty Koes Endang



FD3: Syarif dan Syaiful juara minggu ke enam

GV10: Noryn Aziz tersingkir



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker