Profesor jatuh kerusi roda cetus debat kalangan netizen (Video)

Profesor jatuh kerusi roda cetus debat kalangan netizen (Video)

Gelagat seorang profesor universiti yang dirakam ‘cuba’ menggunakan kerusi roda bagi menyelami cabaran dihadapi individu kelainan upaya (OKU) mendapat perhatian ramai.

Dalam video berdurasi 31 saat itu, kerusi roda dinaiki Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Dr Arifin Abdu terbalik ketika cuba melalui laluan atau tanjakan digunakan Orang Kelainan Upaya (OKU) untuk ke restoran Astana Putra.



Video yang disiarkan di laman X oleh bekas calon pilihan raya umum Pakatan Harapan (PH), Dr Noraishah Mydin Abdul Aziz mendapat perhatian ramai dengan lebih 130,000 tontonan setakat ini.

Dalam keterangan video itu, beliau memuji kesungguhan dan keberanian pentadbiran tertinggi UPM itu untuk berusaha memahami perasaan penuntut OKU.

Ramai mencadangkan tanjakan itu dibuat pengubahsuaian semula untuk memenuhi piawaian kebolehcapaian, sekali gus memastikan keselamatan dan kemudahan penggunaan bagi mereka yang menghadapi cabaran bergerak.

Misalnya pengguna X, Layaa Yusoff berpandangan, secara kasar jika dilihat pembinaan laluan itu memang tidak sesuai untuk OKU.



“Tengok dengan mata kasar pembinaan tanjakan atau ‘ramp’ ini sudah boleh difikirkan ia tidak sesuai. Kasihan Prof (Arifin). Kena ada etika buat sebaik mungkin daripada hanya sekadar ada saja. Semoga Dr Aishah kuat,” katanya.

Sementara itu, pengguna Hafizee Hamid, menyatakan pembinaan laluan itu sememangnya tidak sesuai dan mesra OKU.

“Pihak pengurusan restoran wajar membuat penambahbaikan segera untuk kemudahan OKU. Semoga tiada perkara yang tidak diingini berlaku,” katanya.

Pengguna @daddydon, pula berkata pihak berkenaan seharusnya mendapatkan pandangan OKU terlebih dahulu sebelum membinanya.



“Tak tanya kepada mereka (OKU) yang akan menggunakan ramp tu ke? Macam melepaskan batuk di tangga. Tidak mesra pengguna dan bahaya. Berjuang untuk semua,” katanya. BH



Profesor jatuh kerusi roda cetus debat kalangan netizen (Video)

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Batalkan konsert Coldplay? Tiket tak beli bolehlah



‘Tangan tak dapat angkat gelas, kaki lemah, muka herot’ – Esma Daniel

Rusdi Ramli, Sharon berpisah?



Nak maki sampai bila – Ali Puteh

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker