‘Tangan tak dapat angkat gelas, kaki lemah, muka herot’ – Esma Daniel

Bersama isteri tercinta, Nur Atira Mazlan.

AKTOR Esma Daniel mendedahkan dia telah mendapat serangan angin ahmar atau strok pada 10 November lalu.

Menurut Esma atau nama sebenarnya Esma Daniel Md Isa, 55, kejadian berlaku sebaik sahaja dia selesai menikmati makan malam bersama isteri, Nur Atira Mazlan, 31.

Katanya, bahagian kiri tubuhnya mula tidak dapat berfungsi dengan baik, apabila tidak dapat mengangkat gelas minuman dan kaki mula lemah sehingga hampir jatuh.

“Sebaik selesai larian rutin, saya menikmati makan malam bersama isteri. Tiba-tiba saya merasakan tangan kiri tidak dapat mengangkat gelas minuman dan isteri saya mendapati muka saya agak herot.



“Apabila saya cuba bangun, kaki kiri saya terlalu lemah hingga saya hampir jatuh dan disambut oleh isteri saya,” ujarnya menerusi satu perkongsian di Facebook miliknya.

Tambah Esma, dia bagaimanapun membuat kesilapan tidak segera ke hospital biarpun diminta berbuat demikian oleh isterinya.

Sebaliknya, bintang Juang itu mengambil pendekatan untuk berehat di rumah dan hanya ke klinik keesokkannya.

“Selepas mendapati tekanan darah tinggi mendadak naik lalu cuba baring dengan kedudukan kaki dinaikkan.



“Cuba tenangkan diri dan perlahan-lahan tekanan darah turun sedikit.

Esma berterima kasih kepada doktor dan jururawat di Unit Rawatan Strok HCTM kerana merawat dan menjaganya dengan baik.

“Keesokannya saya telah ditahan di wad kecemasan Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM).

“Doktor bertugas ketika itu agak menyesali tindakan saya lambat ke hospital,” jelasnya.

Menurut Esma, sekiranya angin ahmar dirawat dalam tempoh segera, pihak hospital boleh melakukan teknik trombektomi endovaskular iaitu teknik rawatan terkini bagi mengeluarkan darah beku yang menyumbat salur darah besar di otak dan menyebabkan angin ahmar atau strok.



“Prosedur ini lazimnya dilakukan dalam lingkungan masa 24 jam selepas serangan strok.

“Namun begitu doktor berpendapat saya harus diberi peluang menerima rawatan itu memandangkan saya aktif bersukan.

“Ia memberi kemungkinan otak dan organ badan saya masih berfungsi dengan baik walaupun selepas 24 jam serangan strok,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

FD3: ‘Wahab’ jadi usikan Mas Idayu



GV10: Liza Hanim dapat ‘5M’ daripada Hetty Koes Endang

FD3: Syarif dan Syaiful juara minggu ke enam



GV10: Noryn Aziz tersingkir

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker