Shahidan pertahan MP PN yang ponteng sidang pagi Dewan Rakyat

Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) mempertahankan ketidakhadiran pada sidang Dewan Rakyat pagi tadi dengan berkata, mereka berada di Istana Kehakiman, Putrajaya bagi menunjukkan sokongan terhadap mahkamah syariah.

Shahidan Kassim (PN-Arau) terkilan apabila Ahli Parlimen kerajaan menyebut ketidakhadiran pihaknya pagi tadi sebagai “fi’il” pembangkang.

“Tiap-tiap hari, (sidang) petang, (pembangkang) tunggu untuk cukupkan kuorum. Tapi kita tak kata itu ‘fi’il’ kerajaan,” katanya di Dewan Rakyat sebelum memulakan perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2024 pada peringkat jawatankuasa Kementerian Kesihatan.



Shahidan memberi amaran bahawa jika Ahli Parlimen berkenaan tidak menarik balik kenyataan itu, beliau akan merujuk individu itu ke Jawatankuasa Hak dengan Kebebasan mengikut Peraturan Mesyuarat 36(12).

Peraturan Mesyuarat 36(12) menyatakan bahawa mana-mana ahli majlis Dewan Rakyat yang mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan Dewan disifatkan menghina majlis dan boleh dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan bagi kesalahan itu.

Bagaimanapun, Shahidan tidak menyebut nama Ahli Parlimen yang dikatakannya membuat komen sedemikian.

Dalam sesi perbahasan lain, Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (PN-Bukit Gantang) menjelaskan bahawa ketidakhadiran Ahli Parlimen pembangkang pagi ini tidak boleh disifatkan sebagai ponteng.



“(Ahli Parlimen pembangkang) selalu hadir dalam Dewan ini. Pagi tadi, kami ke Istana Kehakiman untuk tunjuk sokongan, solidariti terhadap (undang-undang) syariah, tetapi dikatakan ponteng. Kami tak ponteng,” katanya.

Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) kemudian mencelah untuk mempersoalkan sama ada menteri yang tidak hadir pada sidang Parlimen juga patut dianggap ponteng.

“Menteri mungkin sibuk agihkan peruntukan,” sindir Syed Abu Hussin.

Pagi ini, penyokong kerajaan menyelar pembangkang selepas tiada seorang Ahli Parlimennya hadir pada sidang Dewan.



Ada yang menyebut perkara itu di media sosial, manakala segelintir yang lain membangkitkan isu ketidakhadiran Ahli Parlimen pembangkang pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat.

Lebih 1,000 orang berkumpul di luar Istana Kehakiman pagi tadi untuk “menyokong dan mempertahankan” mahkamah syariah, termasuk beberapa ahli politik pembangkang.

Antara Ahli Parlimen di Istana Kehakiman termasuk Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin; Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man; Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan; Naib Presiden PAS Idris Ahmad; serta Naib Presiden Bersatu Radzi Jidin.

 



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

FD3: ‘Wahab’ jadi usikan Mas Idayu



GV10: Liza Hanim dapat ‘5M’ daripada Hetty Koes Endang

FD3: Syarif dan Syaiful juara minggu ke enam



GV10: Noryn Aziz tersingkir

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker