PN jangan cuba ‘tunggang’ isu enakmen syariah demi politik – Mujahid

Mujahid Yusof Rawa meminta Perikatan Nasional (PN) jangan ‘menunggang’ isu berkait Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan, yang menjadi perhatian susulan tindakan undang-undang oleh dua peguam.

Naib presiden Amanah itu mengingatkan perkara berkaitan undang-undang tidak perlu dijadikan modal politik kerana ia boleh diselesaikan secara kolektif.

“Hormatilah undang-undang dan cukup-cukuplah berpolitik. Perkara berkaitan undang-undang syariah ini boleh diselesaikan secara berobjektif dan kolektif tanpa perlu menyebarkan fitnah dan menunggang isu agama,” katanya dalam kenyataan.



Beliau mengingatkan Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat sendiri menegaskan “tidak timbul persoalan sama ada pihak pempetisyen mahupun mahkamah ingin menidakkan atau merendahkan kedudukan agama Islam di negara ini.”

Mujahid berkata pembangkang tidak seharusnya menanam persepsi seolah kerajaan tidak menjaga undang-undang syariah, dan menolak alasan bahawa pentadbiran lepas tidak mengetahui isu dibawa oleh peguam terbabit ketika itu.

“Saya nasihatkan cukup-cukuplah memberi alasan dan cuba membodohkan rakyat dengan menimbulkan tuduhan jahat terhadap kerajaan,” katanya.

Terdahulu, Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man berkata pihaknya membantah tindakan undang-undang berkait peruntukan dalam enakmen tersebut selepas tidak menjadi kerajaan kerana ia kini ‘sudah jelas’ dan dibicarakan di mahkamah.



Beliau berkata demikian selepas Mujahid mempersoalkan mengapa pembangkang baru menunjukkan keprihatinan terhadap isu itu, sedangkan notis usul berkenaan difailkan pada 25 Mei 2022, manakala petisyen pula pada Oktober tahun sama.

Sebelum ini, Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid dan Tengku Yasmin Natasha Tengku Abdul Rahman memohon Mahkamah Persekutuan membuat pengisytiharan berhubung 20 peruntukan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan, yang menurut mereka bertindan dengan undang-undang persekutuan yang turut meliputi kesalahan sama.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

FD3: ‘Wahab’ jadi usikan Mas Idayu

GV10: Liza Hanim dapat ‘5M’ daripada Hetty Koes Endang



FD3: Syarif dan Syaiful juara minggu ke enam

GV10: Noryn Aziz tersingkir



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker