Tak boleh boikot Mercedes?

Tak boleh boikot Mercedes

Seorang ahli Parlimen dari Pas memberitahu terdapat sesetengah produk tidak boleh diboikot hanya kerana syarikat pengeluarnya memihak kepada zionis Israel termasuk pengeluar kereta mewah Mercedes-Benz.

Ahmad Fadhli Shaari [PN-Pasir Mas] bagaimanapun berkata, selagi sesuatu produk itu boleh diboikot, maka, adalah wajar untuk semua pihak memboikotnya namun tidak terkecuali kepada barangan keperluan seperti media sosial dan telefon bimbit.

“Boikot ini kita buat dengan rasa hati, kita laksana dengan kesedaran rasa hati kita. Ada perkara kita tidak mampu mahu boikot, macam pengguna iPhone dan Facebook.

“Tetapi, apa yang boleh kita boikot, kita buat. Tidak boleh buat semua jangan tinggal semua dan jangan perlekeh orang yang melaksanakan boikot kepada barangan yang dikeluarkan oleh syarikat yang sokong Israel,” katanya semasa membahaskan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan 2024 di peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai maklum balas terhadap kenyataan Ahli Parlimen Kampar, Chong Zhemin di Dewan Rakyat semalam menggesa pembangkang khususnya di Kelantan supaya tidak mengamalkan sikap pilih kasih dalam memboikot pihak yang menyokong zionis Israel termasuk tidak menggunakan kenderaan mewah Mercedes-Benz.

Hal itu susulan Mercedes-Benz sebelum ini telah mendermakan wang sebanyak RM1 juta euro (RM5 juta) kepada Israel.

Beliau menyeru pembangkang supaya memboikot kesemua perkara dan tidak tertumpu kepada produk-produk tertentu sahaja.

“Kalau mahu boikot jangan double standard. Mahu boikot, boikot semua. Contohnya, Mercedes-Benz, kira-kira dua minggu lalu derma RM1 juta euro kepada Israel.

“Saya mahu tanya kerajaan Kelantan, 14 buah kereta Mercedez-Benz masih mahu pakai atau tidak? Mahu boikot atau tidak?

“Kalau mahu bikot jangan double standard, Starbucks dan McDonald’s tidak mahu, jadi Mercedez pun jangan pakai. Duit sudah masuk Israel,” katanya.

Pada 16 Januari 2020, media melaporkan, kerajaan negeri Kelantan mengakui membeli 14 kereta mewah Mercedes Benz untuk kenderaan rasmi pimpinan kerajaan negeri termasuk Menteri Besar dan Exco.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah ketika itu berkata, pembelian kenderaan itu dilakukan sejak 2018.

Bagaimanapun, katanya, pembelian kenderaan rasmi itu tiada kaitan langsung dengan peruntukan khas sebanyak RM400 juta oleh Kerajaan Pusat sebaliknya menggunakan duit kerajaan negeri. Utusan

Tak boleh boikot Mercedes

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Batalkan konsert Coldplay? Tiket tak beli bolehlah

‘Tangan tak dapat angkat gelas, kaki lemah, muka herot’ – Esma Daniel

Rusdi Ramli, Sharon berpisah?

Nak maki sampai bila – Ali Puteh

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker