Majlis perkahwinan mewah anak tunggal bos AirAsia Indonesia meriah

Pasangan pengantin yang digelar Crazy Rich Surabaya, Ryan Harris dan Gwen Ashley, menjadi perhatian pengguna media sosial selepas majlis perkahwinan mereka tular.

Majlis perkahwinan mewah anak tunggal bos AirAsia Indonesia meriah

Majlis pasangan yang berkahwin di Grand Ballroom The Westin Hotel Surabaya, Jawa Timur itu tular bukan hanya sebab didakwa telah membelanjakan jutaan ringgit, tetapi cara mereka meraikan tetamu yang hadir turut menjadi bualan hangat.

Menerusi foto dan video yang beredar di aplikasi TikTok dan sebagainya, pasangan tersebut telah menjemput tiga penyanyi antarabangsa iaitu Brian McFadden bekas anggota boyband Westlife, Keith Duffy dari Boyzone, dan Nicole Scherzinger sebagai penghibur.



Tidak cukup menerbangkan penyanyi luar negara, majlis itu malah dikendalikan oleh Raffi Ahmad dengan ramai artis Indonesia termasuk Raisa, Via Vallen dan Afgan juga hadir.

Paling epik, tetamu mendakwa pasangan tersebut melarang mereka yang hadir membawa hadiah atau wang sebagai tanda selamat buat perkahwinan mereka. Pesanan tersebut disertakan dalam kad jemputan yang diberi sebelum majlis.



Sebaliknya, pengantin memberi hadiah buat 2,000 tetamu iaitu piring dari jenama mewah terkenal dunia, Hermes!

Kemewahan majlis pasangan itu membuat banyak yang mencari tahu siapa Ryan dan Gwen.

Media tempatan melaporkan Ryan merupakan anak tunggal kepada bos penerbangan AirAsia Indonesia, Pin Harris.



Ryan juga merupakan seorang usahawan garam yang cukup besar di Surabaya, salah satu pemilik PT UnichemCandi Indonesia.

Sementara Gwen yang baru berusia 19 tahun merupakan anak seorang usahawan hartanah terkenal dari Surabaya. Gempak

Majlis perkahwinan mewah anak tunggal bos AirAsia Indonesia meriah

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Batalkan konsert Coldplay? Tiket tak beli bolehlah

‘Tangan tak dapat angkat gelas, kaki lemah, muka herot’ – Esma Daniel



Rusdi Ramli, Sharon berpisah?

Nak maki sampai bila – Ali Puteh



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker