Janna tak tendang saya – Sheila Mambo

Janna tak tendang saya – Sheila Mambo

Pelakon, Sheila Mambo, memaklumkan aksi Janna Nick yang menendangnya menerusi sebuah babak drama Surat Dari Tuhan hanyalah lakonan dan tidak membawa kecederaan.

Bahkan, Sheila atau Rusilawati Hasan, 60, berkata video itu yang tular baru-baru ini merupakan salah satu babak belakang tabir yang tidak ditayangkan dalam drama tersebut.



“Sebenarnya apa yang ditunjukkan hanya lakonan. Janna tidaklah menendang saya. Dia hanya meletakkan kaki di badan saya. Cuma sebagai pelakon, saya yang akan memainkan peranan melambungkan sedikit badan untuk menampakkan tendangan itu menjadi.

“Bukan hanya babak tendangan, ada banyak aksi lain seperti Janna perlu menampar, menolak dari tangga dan memijak tangan saya.

“Namun semua itu hanyalah lakonan. Dia hanya cuit sahaja, saya yang akan mengerang kesakitan atau menyembamkan diri. Tambahan pula klip tersebut hanyalah sebalik tabir drama dan babak itu tidak ditayangkan di televisyen,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Video yang tular di media sosial itu memancing kecaman netizen terhadap Janna yang disifatkan biadap kerana mengasari seorang pelakon senior.



Bagaimanapun, Sheila mengingatkan orang ramai agar tidak terlalu beremosi sehingga gagar membezakan antara lakonan dengan personaliti sebenar seseorang artis.

“Masyarakat janganlah terlalu terikut emosi sehingga tidak dapat membezakan lakonan serta sifat peribadi Janna. Ramai yang mengkritik Janna, tapi sebenarnya selepas pengarah beri isyarat ‘cut’, Janna datang peluk saya dan mohon maaf.

“Dia seorang pelakon yang sangat profesional dan baik. Jarang saya jumpa pelakon muda yang akan minta maaf setiap kali habis penggambaran. Selalunya lepas habis scene, pelakon akan buat hal masing-masing dan pulang. Tapi Janna berbeza,” dedahnya.

Maklum dengan drama lakonannya yang sering dilanda kontroversi, Sheila berharap penonton dapat melihat sisi baik drama ini yang mengingatkan orang ramai agar tidak menjadi anak derhaka kepada orang tua.



“Mungkin ada yang menganggap drama ini keterlaluan, sebab orang Melayu kita memang kaya dengan adab.

“Namun apa yang ada dalam drama ini memang berlaku di dunia nyata bahkan lebih teruk lagi. Watak Janna iaitu Misha memang jahat, jadi ambillah pengajaran menerusi watak ini agar tidak memperlakukan orang tua kita dengan teruk.

“Banyak nilai baik yang ingin ditampilkan drama ini. Lagipula episod yang ditayangkan baru separuh dari drama ini. Banyak lagi yang belum keluar,” katanya. Utusan

Janna tak tendang saya – Sheila Mambo



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Batalkan konsert Coldplay? Tiket tak beli bolehlah



‘Tangan tak dapat angkat gelas, kaki lemah, muka herot’ – Esma Daniel

Rusdi Ramli, Sharon berpisah?



Nak maki sampai bila – Ali Puteh

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker