Premis Aman Palestin diserbu SPRM, akaun bank dibekukan

Premis Aman Palestin diserbu SPRM, akaun bank dibekukan

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan 41 akaun bank milik Aman Palestin Berhad dan beberapa entiti berjumlah RM15.8 juta susulan siasatan ke atas dakwaan penyalahgunaan sumbangan orang ramai.

Katanya, ia turut menggeledah premis Aman Palestin untuk mendapatkan dokumen berkaitan kewangan serta pengurusan operasi sejak lima tahun lalu.



Agensi antirasuah itu berkata, keterangan beberapa saksi penting sudah diambil.

“Hasil siasatan awal mengenal pasti beberapa isu melibatkan penyelewengan dana dianggarkan berjumlah RM70 juta
yang disalurkan bagi tujuan selain objektif penubuhan syarikat berkenaan,” katanya dalam kenyataan.

SPRM memulakan siasatan sejak 17 Okt lalu bagi kesalahan bawah Akta SPRM 2009, Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 serta Kanun Keseksaan.

BERITA LANJUT MENYUSUL



Premis Aman Palestin diserbu SPRM, akaun bank dibekukan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Batalkan konsert Coldplay? Tiket tak beli bolehlah



‘Tangan tak dapat angkat gelas, kaki lemah, muka herot’ – Esma Daniel

Rusdi Ramli, Sharon berpisah?



Nak maki sampai bila – Ali Puteh



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker