Mawar Rashid sah bercerai

Mawar Rashid sah bercerai

Meleraikan teka-teki ramai mengenai status rumah tangga Mawar Rashid apabila pelakon itu mengakui sudah berpisah dengan suaminya, Raf Yaakob atas dasar tiada persefahaman.

Menurut Mawar, 28, perpisahan tersebut dilakukan atas persetujuan bersama namun masih mengekalkan hubungan baik demi anak-anak.



“Kami berdua sudah bersetuju untuk perpisahan ini atas dasar tiada persefahaman namun masih mempunyai hubungan baik.

“Fokus utama ketika ini ialah memberi sokongan dan kasih sayang sepenuhnya kepada anak-anak kami.

“Kerjasama dalam menjalakan tugas sebagai ibu bapa adalah sangat penting dan itu yang kami lakukan bersama ketika ini, insya-Allah,” katanya dalam satu perkongsian Instagram hari ini.

Dia yang pernah membintangi drama Suamiku Paling Sweet itu juga turut meminta orang ramai memberi ruang dan mendoakan yang terbaik buat dirinya dan Raf ketika ini.



“Kepada rakan media, hanya ini sahaja kenyataan daripada kami berdua dan harap anda menghormatinya.

“Kepada pengikut media sosial, kami memohon doa yang baik daripada anda semua,” ujarnya.

Dalam masa sama, dia juga meminta orang ramai berhenti mencetuskan sebarang spekulasi tidak benar mengenai keretakan rumah tangganya ketika ini.

“Bukan mudah untuk kami berdua berkongsi mengenai hal perpisahan ini kepada anda semua.



“Namun ini adalah jalan terbaik buat kami berdua.

“Terima kasih kerana sentiasa menyokong dan memberi kata-kata yang baik, semua itu sangat bermakna untuk saya dan Raf,” ujarnya.

Semalam, Mawar mencuri perhatian ramai apabila bertindak memadam foto bersama Raf dan tidak lagi saling mengikuti akaun Instagram masing-masing.

Pasangan itu juga dikatakan sepatutnya hadir ke sebuah mahkamah syariah semalam bagi menyelesaikan urusan perceraian mereka.



Sebelum ini, Mawar pada 10 Oktober lalu mengejutkan ramai apabila berkongsi foto tidak lagi bertudung dalam media sosial.

Sekadar info, Mawar mendirikan rumah tangga dengan Raf yang merupakan adik kepada selebriti Fazley Yaakob pada 9 November 2017.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata Raden Muhammad, 4, Raden Seri Rosabella Cinta kini berusia dua tahun dan Raden Seri Riyanna Sayang, 10 bulan. K Online

Mawar Rashid sah bercerai



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Batalkan konsert Coldplay? Tiket tak beli bolehlah



‘Tangan tak dapat angkat gelas, kaki lemah, muka herot’ – Esma Daniel

Rusdi Ramli, Sharon berpisah?

Nak maki sampai bila – Ali Puteh

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker