‘Jangan jadi kancheong’, Aaron Aziz sound siapa?

AKTOR Aaron Aziz membidas sikap segelintir individu yang panik sehingga tidak dapat mengikut arahan yang diberikan oleh pihak berwajib.

Jelas Aaron, sekolah anaknya merupakan antara sembilan buah sekolah antarabangsa yang menerima ancaman bom pada Selasa. Justeru, pihak sekolah meminta ibu bapa menjemput anak masing-masing.

Bagaimanapun keadaan menjadi huru-hara apabila ada ibu bapa yang panik dan tidak mengikut arahan diberikan oleh pihak sekolah.



“Hari ini (semalam), ada ancaman bom di sembilan buah sekolah. Sekolah anak saya di Setia Alam adalah salah sebuah daripadanya.

“Jadi pihak sekolah minta ambil anak masing-masing. Sekarang tengah huru-hara, keluarga semua tengah kelam-kabut. Orang semua potong barisan.

“Saya faham sebab situasi ini mencetuskan rasa panik. Bila berhadapan dengan situasi begini, kekal tenang, jangan jadi kancheong (cemas),” katanya menerusi hantaran video dalam TikTok pada Selasa.

Tambah Aaron, 47, apabila ada ibu bapa yang melanggar arahan, ia hanya akan memburukkan lagi keadaan.



“Ikut arahan, kalau orang tengah beratur, ikut. Bila seorang tak beratur, yang lain akan ikut.

“Keadaan akan lebih kucar-kacir. Jadi kita tak patut panik. Macam mana pihak sekolah nak beri arahan selamat pada ibu bapa, pelajar dan cikgu,” ujarnya.

Menerusi kapsyen dalam hantaran tersebut juga, aktor berusia 47 tahun itu sempat memberi apresiasi kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang bertindak pantas dalam berdepan situasi tersebut.

“Terbaik tindakan PDRM cepat dan profesional dalam kecemasan, kalau boleh jangan panik



“Setakat ini sekolah Dahlia masih tidak menerima e-mel susulan tetapi sekolah telah ambil langkah awal. Saya suka reaksi yang pantas dari sekolah ini.

“Kekal tenang dan ikut protokol. Kalau satu huru-hara, lain akan ikut. Ingat orang lain pun ada anak,” tulisnya.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan terdapat sembilan buah sekolah antarabangsa di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor menerima ancaman bom.

Terdapat tujuh sekolah antarabangsa di Selangor di daerah Petaling Jaya, Shah Alam, Kajang, Subang Jaya, dan Kuala Langat terima ancaman itu.



Hari ini, PDRM mengesahkan tiga lagi sekolah iaitu dua di Kajang, Selangor dan satu di Batu Feringghi, Pulau Pinang, turut menerima ancaman bom.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Batalkan konsert Coldplay? Tiket tak beli bolehlah

‘Tangan tak dapat angkat gelas, kaki lemah, muka herot’ – Esma Daniel



Rusdi Ramli, Sharon berpisah?

Nak maki sampai bila – Ali Puteh

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker