Mak cik Kemboja akhirnya mengadap polis beri keterangan

Usahawan wanita warga Kemboja yang klip videonya tular selepas mengeluarkan kata-kata ‘Melayu malas’ ketika melakukan pentstriman langsung di TikTok hadir ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka bagi memberi keterangan.

Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, ia bagi membantu siasatan 14 laporan polis berkaitan klip tersebut yang diterima kontinjen itu sejak minggu lalu.

Katanya, wanita tersebut hadir pada Selasa lalu dan siasatan telah dikendalikan Jabatan Siasatan Jenayah IPK Melaka.



“Kertas siasatan akan dilengkapkan secepat mungkin oleh pegawai penyiasat sebelum dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Tambahnya, lapan individu lain turut dipanggil sejak Ahad lalu sehingga hari ini bagi membantu siasatan.

Sebelum ini Kosmo! melaporkan, satu klip video berdurasi 1 minit 7 tular di TikTok memaparkan seorang wanita melontarkan kata-kata ‘Melayu malas’ ketika pentstriman langsung di sebuah gedung pakaian muslimah sehingga menerima kecaman ramai.

Difahamkan wanita itu yang juga pemilik gedung tekstil menjalankan perniagaan jahitan pukal di Skudai, Johor dan mengakui dirinya merupakan warga Kemboja, namun sudah lama menetap di Malaysia



 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Mawar Rashid sah bercerai

Majlis perkahwinan mewah anak tunggal bos AirAsia Indonesia meriah



Kilafairy buat hal lagi

Tarian Dolla berpakaian seksi jadi kecaman netizen



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker