Sikap ‘Humble’ Siti Nurhaliza, didedahkan Asyraf Khalid

Fitnah Siti Nurhaliza, Menteri Komunikasi 'naik angin' tegur portal hiburan

Ushawan dan anak tiri kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza, Asyraf Khalid berkongsi tentang sikap merendah diri penyanyi nombor satu negara tersebut yang telah memberi impak positif terhadapnya.

Teladan yang baik

siti asyraf

Menerusi temu bual bersama pelakon Rosyam Nor, Asyraf mengakui bahawa sebagai seorang anak yang lahir dalam keluarga yang senang, dia memiliki ego dan sukar mengawal emosi marah.



Saya kiranya macam anak orang yang senang jugalah. Selepas bapa berhenti kerja, saya rasa dia semakin berjaya dan senang.

Bila membesar sebagai anak orang senang, kita tak merendah diri sangat. Kita ada kita punya ego. Contohnya kalau kena parking kereta jauh, kita mudah nak marah.

Bagaimanapun, kehadiran Siti Nurhaliza sebagai ibu ternyata telah mengubah karakter dirinya menjadi lebih baik kerana keperibadian yang ditonjolkan oleh penyanyi tersebut.

Apabila Mak Iti masuk dalam kehidupan kami, dia adalah penyanyi nombor satu tapi dia sangat merendah diri dan menghormati semua orang.



Dari situ dapat belajar daripada orang-orang yang hadir dalam kehidupan kita. Kita ambil apa yang baik dan kita jadikan (pengajaran) untuk diri kita sendiri.

Dalam masa yang sama, Asyraf memuji tindakan pelantun lagu Cindai itu yang sentiasa menghargai peminatnya dan tidak pernah menolak permintaan mereka.

Awal-awal dahulu semasa Mak Iti kahwin dengan ayah, kami tengah makan kemudian ada orang nak ambil gambar. Masa itu saya rasa semak.

Tapi bila tanya Mak Iti dia kata, ‘kadang-kadang mereka ini dah minat 10 tahun, 15 tahun dan bila terjumpa sekali seumur hidup takkan kita nak tolak?’



Daripada situ saya faham perspektif peminat dan jadi tak kisah selepas itu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mengagumi Siti Nurhaliza bukan sekadar pada bakatnya malah akhlak dan budi bahasanya yang melambangkan adab yang tinggi.

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Mawar Rashid sah bercerai



Majlis perkahwinan mewah anak tunggal bos AirAsia Indonesia meriah

Kilafairy buat hal lagi



Tarian Dolla berpakaian seksi jadi kecaman netizen

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker