PU Syed tegur usahawan sensasi isu solat lepas subuh

PU Syed tegur usahawan sensasi isu solat lepas subuh

Sebelum ini, pernah tular berita mengenai seorang usahawan sensasi yang berkongsi kepercayaan serta kebaikan feng shui untuk memilih lokasi kediaman, yang mencetuskan kritikan netizen di media sosial.

Tidak berdiam diri, usahawan berkenaan turut membidas netizen yang mengkritiknya untuk tidak ‘acah bagus’ serta tunjuk hebat.



Isu berkenaan turut mendapat respon oleh pendakwah bebas, Pencetus Ummah (PU) Syed atau nama penuhnya Syed Ahmad Bakri Syed Ishak menerusi hantaran di Instagram, meminta usahawan terlibat untuk memperbetulkan kenyataan isu ‘solat lepas subuh’.

“Buat KKM, betulkan statement awak ya. Bukan solat lepas subuh, tapi solat sunat sebelum subuh atau solat sunat fajar yang disebut oleh Rasulullah, pahalanya lebih bernilai dari dunia dan seisinya.
Tiada solat sunat lepas subuh. Sebab waktu itu adalah waktu haram solat. Namun jika, matahari dah terbit ada solat sunat dhuha. Boleh rujuk Takwim.”-tegur PU Syed
“Sekarang Mungkin Awak Banyak Harta…”

Dalam pada itu, PU Syed turut meminta usahawan tersebut untuk bersyukur dengan harta yang banyak serta memberikan contoh tauladan yang baik kepada orang ramai.

Adapun solat memang tak menjadikan orang itu kaya, tapi boleh menjadi asbab dimurahkan rezeki.



Sekarang mungkin awak banyak harta. Bukan asbab usaha semata, tetapi kurniaan dari Yang Esa. Bersyukurlah dan tunjuklah contoh yang baik ya.”,tulis PU Syed lagi. Mr

PU Syed tegur usahawan sensasi isu solat lepas subuh

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Mawar Rashid sah bercerai

Majlis perkahwinan mewah anak tunggal bos AirAsia Indonesia meriah



Kilafairy buat hal lagi

Tarian Dolla berpakaian seksi jadi kecaman netizen



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker