Coldplay payung pantun, hangatkan suasana konsert

Coldplay payung pantun, hangatkan suasana konsert

Panas dan hujan silih berganti membasahi bumi Malaysia sejak petang tidak sedikit menjejaskan pengalaman indah Konsert Coldplay: Music Of The Spheres World Tour di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam kelmarin.

Biarpun hujan masih lebat ketika konsert berlangsung, momentum persembahan kumpulan popular dari Britain, Coldplay tidak mengecewakan, tambahan pula ia penampilan pertama di Malaysia.



Peminat Coldplay dilihat cukup tegar apabila ada bersiap sedia ke stadium seawal jam 7 pagi untuk mendapatkan kedudukan menarik biarpun pintu stadium hanya dibuka jam 5.45 petang.

Cuaca panas dan hujan bukanlah halangan untuk peminat terus kekal berbaris, meskipun terpaksa berbaju hujan dan berpayung.

Kesetiaan dan kesungguhan ditunjukkan 85,000 peminat nyata membuatkan vokalis Coldplay, Chris Martin terharu dan terkejut melihat sambutan luar biasa peminat di Malaysia.

Katanya, dia tidak tahu kubu peminatnya di Malaysia sangat kuat.



“Terima kasih sanggup berhujan, meredah trafik, datang demi menyayangi kami. Ini hujan rahmat dan terima kasih setia menunggu 27 tahun,” katanya.

Dek kerana cuaca hujan, maka lahirlah lagu secara spontan berjudul ‘Malaysia Rain’.

Namun, persembahan Coldplay tidak terkesan dengan faktor cuaca, sebaliknya seronok menyanyi dalam hujan dan menyejukkan malam ‘hangat’ itu.

“Terima kasih untuk hujan indah ini kerana menyejukkan kami,” katanya.



Pada malam indah yang memahat nostalgia buat peminat, Martin sempat mencuit hati peminat dengan serangkap pantun.

Selepas pantun Pinjam 100 yang tular di Indonesia pada konsert Coldplay di negara seberang minggu lalu, kini pantun ‘tom yam’ didendangkan malam kelmarin membuatkan stadium disambut dengan gema penonton.

Pantun didendangkan Martin itu berbunyi, ‘Pergi ke kedai membeli sayur, masak tom yam pesan bonda, Coldplay sekarang di Kuala Lumpur, payung lagu ‘favourite’ anda,” sambil diiringi petikan keyboard.

Penat lelah penonton yang berebut membeli tiket apabila terpaksa menunggu berjam-jam di hadapan komputer, diikuti beratur seawal pagi pada hari konsert nyata berbaloi.



Ini kerana Coldplay yang turut dianggotai Johny Buckland, Guy Berryman dan Will Champion memberikan pengalaman cukup indah dengan mendendangkan 26 lagu daripada album sejak 1997 sehinggalah album terbaru berjudul Music of the Spheres.

Dalam suasana hujan, penonton disajikan dengan pementasan cukup berwarna-warni dan prop menarik termasuk percikan bunga api yang menghiasi ruang udara Bukit Jalil.

Selautan manusia kelihatan cukup terhibur dengan konsert yang berlangsung selama hampir dua jam apabila dilihat bernyanyi bersama Coldplay.

Antara lagu yang didendangkan termasuk, Fix You, Yellow, The Scientist, Viva La Vida, My Universe, Clocks, In My Place, Paradise dan banyak lagi.



Pada konsert berkenaan, Coldplay memberikan pengalaman menarik kepada peminat apabila memberikan berpeluang mengayuh basikal untuk membekalkan tenaga lampu bagi pentas ‘kinetik’.

Inisiatif itu dilakukan sebagai antara satu usaha Coldplay untuk memupuk kesedaran terhadap alam sekitar, selari dengan komitmen kumpulan terkenal itu untuk mengurangkan pelepasan karbon diaoksida.

Terdahulu, tirai persembahan konsert bermula jam 8 malam dibuka dengan kemunculan penyanyi hip hop, Bunga yang mendendangkan lima lagu iaitu Intan Payung, Apadehal, Belai dan Buai serta single terbaru, Jiwaraga.

Ini adalah konsert terakhir Coldplay untuk tahun ini, sebelum meneruskan penjelajahan ke Filipina, Singapura, Thailand serta beberapa negara lain, tahun depan.



Sementara itu, kemunculan pelakon Fazura menyaksikan konsert Coldplay berjaya mencuri tumpuan ramai. Biarpun hadir menikmati konsert, Fazura sempat menunjukkan soladiriti terhadap rakyat Palestin apabila dilihat mengibarkan bendera negara itu ketika konsert.

Malah, Fazura turut meletakkan skaf Palestin pada bahu menunjukkan sokongannya pada bumi bergolak itu. BH

Coldplay payung pantun, hangatkan suasana konsert

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Mawar Rashid sah bercerai

Majlis perkahwinan mewah anak tunggal bos AirAsia Indonesia meriah

Kilafairy buat hal lagi

Tarian Dolla berpakaian seksi jadi kecaman netizen

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker